Saturday, December 25, 2010

syafaat rasulullah saw :)


bila kita buat sesuatu secara membuta tuli,pasti apa pun takde terkesan di hati.kita solat,tapi tak tahu kenapa kita solat.kita sebuk buat solat hajat,tapi tak tahu kenapa Allah menyeru kita buat solat ni.kita tutup aurat,tapi tak tahu apa hikmah Allah wajibkan kita sedemikian.ya,kalau kita tak tahu ganjaran,hikmah,kenapa dan sebab apa,kita tetap diberi pahala inshallah.cuma,kalau kita tahu semua tu,mungkin matlamat kita lebih jelas dan lebih bersemangat nak buat apa yang Allah suruh tuu,ye dak!

menyesal jugak la,duduk lima tahun kat sekolah agama tapi banyak benda lagi yang jahil dan tak tahu!beribu2 majlis ilmu pergi,tapi apa pun tak catit.bajet otak power sgt boleh ingat semua benda,ceh!dah masuk u skarang,baru rasa excited siket nak timba ilmu.takpela,lebih baik terlambat daripada tak pernah langsung :D jealous dengan kawan2 kat mesir,mesti lg bnyak ilmu dorang boleh tuntut dengan sheikh2 terkenal,dengan kawan2 yang futher dalam bidang agama,peluang nak dptkan ilmu mcmnih depan mata.wuwuwuwu!

aku baru baca artikel pasal syafaat rasulullah.perggggggh,kalau kamu rasa mak dengan bapak kamu sayang gila kat kamu,nabi muhammad lagi berkali2 ganda sayang dekat kamu okay!paling jelas,kat padang mahsyar nanti,mak ayah mana2 pun tak heran dah dengan anak2 nya,semua nervous dan bimbang dengan nasib diri sendiri.lagi satu yang boleh nampak,bila seorang isteri meninggal,si suami memang akan sedih sebak tersedu sedan seminggu tak makan sebab rindu dengan si isteri.tup tap tak sampai setahun dah kahwin lain!well,cinta kasih sayang manusia sesama manusia memang takkan sehebat cinta kasih sayang Allah kepada hambanya dan Rasulullah kepada ummatnya.

nah,aku kongsikan sedikit pasal syafaat Rasulullah kepada kita ummatnya sebagai bukti cinta tulus baginda kepada kita semua ummatnya supaya kita akan terpikir dua tiga kali nak ulang karaoke nyanyi lagu justin bieber dan big bang ataupun selawat ke atas baginda!hehehe.

bentuk syafaat nabi muhammad:

1.syafaat yang melepaskan seluruh makhluk daripada seksaan zahir dan batin sementara menunggu bermula proses perhitungan (hisab)

2.syafaat nabi untuk orang yang pahalanya sama berat dengan dosa mereka maka mereka diperkenankan memasuki syurga

3.syafaat nabi untuk orang yang telah diperintahkan untuk masuk neraka agar dibatalkan perintah itu.

4.syafaat baginda untuk meninggikan darjat ahli syurga meskipun amalan mereka tidak mencukupi untuk memperoleh syafaat tersebut

5.syafaat baginda untuk memasukkan orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab.

6.syafaat baginda untuk meringankan seksaan yang diterima Abu Talib di dalam neraka (Abu Talib adalah bapa saudara nabi yang amat menyayangi baginda tetapi meninggal tanpa sempat memeluk agama islam)

7.syafaat baginda untuk memasukkan ahli syurga ke dalam syurga

8.syafaat baginda untuk mengeluarkan para pelaku dosa besar dari neraka.

dah habes.yang paling sedih wuu wuu bila tahu pada hari kiamat nanti kan,Allah ada letakkan mimbar yang diperbuat daripada emas untuk para nabi,mereka pun duduk lah di atasnya.namun Rasulullah tetap tidak duduk dan terus berdiri di hadapan Allah untuk membela umatnya.Rasulullah sangat takut diperintahkan masuk ke syurga dan meninggalkan ummatnya di belakang.wuwuwuwuu terharuu :'(

semua kita yang pernah mengucapkan dua kalimah syahadat dengan penuh keikhlasan berpeluang untuk mendapatkan syafaat Rasulullah ni.namun,orang yang paling besar peluangnya nak mendapatkan syafaat Rasullah ialah orang yang menjadikan sunnah nabi sebagai panduan hidup dan memperbanyakkan selawat kepadanya :)

selamat beramal semua :)


nota kecil:seorang pelajar ukm meninggal dunia di kajang.arwah bersama bf nya menaiki motor dan terlibat dengan kemalangan langgar lari.bf nya itu juga pelajar ukm dimasukkan ke icu dan alhamdulillah sekarang dengar ceritanya sudah dipindahkan ke wad biasa.kita yang hidup nih,ambil la iktibar dan bersangka baiklah terhadap arwah.semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.Al fatihah...

2 comments:

abdullah afiq said...

thanks 4 sharing...

qinairaulfa. said...

betul2.menyesal tak manfaatkan peluang yg ada kat skolah dulu.

but,it's better late than never,kan. :)