Tuesday, December 28, 2010

saya tak kesah awak macamana pun



Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan aku dan si dia..

Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan diciptakan daripada tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…


Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin ya Rabbal Alamin..


mase zaman sekolah duluu,ustazah Fathimah selalu pesan suruh doa mintak Allah temukan jodoh yang baik-baik dan soleh dari sekarang.bukannya esok nak kahwin,hari nih baru mula doa :P


jodoh,nantikan saya okay!banyak benda lagi saya nak perbaiki nii.harap awak juga macamtu!saya taknak jumpa awak lagi,saya nak fokus belajar.saya nak jumpa awak bila tiba masa yang sesuai nanti,tau!jaga diri,jaga iman,jaga hati! :)


*mood gadis dewasa scara tiba2*

nota kecil:saya tak kesah awak macamana pun!saya cuma kesah kebersungguhan awak nak bawak saya sama2 pegi syurga Allah.its more than enough!

2 comments:

shio said...

sweet..insya allah awk akn bertemu dgn jodoh yg bek..amin..:)

OREOO said...

hahaha.
ini gedik namanya! :PP
aminn makasyih ya kwn :)