Tuesday, December 7, 2010

kak ngah

selamat pagi dunia!dua tiga hari ni hari mendung.cahaya matahari keluar kejap2 je.aku suka cuaca mcamnh.rasa mcm kat korea je :))

awal2 blog ini ditubuhkan,aku selalu cerita pasal kakngah rusydiena,kan?!ingat lagi tak?dia anak buah aku yang ke tiga dan terbongsu buat masa ini lah.

kakngah diena istimewa sikit.masa dia dalam kandungan,doctor diagnose,keadaan dia tak normal mcm baby lain.air ketuban atau amniotic fluid yang kita belajar dalam biology tuh sangat banyak dan bukan dalam keadaan paras normal.Allah dah tetapkan sebenarnya kuantiti air ketuban yang just nice nice ntok normal foetus mcm mase kite kat dalam perut mak dulu dulu.kalau kurang akan mendatangkan komplikasi,kalau banyak sangat pun sama.

jadi,dalam kisah anak buah kesayangan aku nih,air ketuban dah masuk dalam organ2 dia mcm paru2 contohnya.paru2 dia pun expand dan membuatkan jantung terlari sedikit daripada lokasi jantung asal.antara rawatan yang diterima ialah proses suck out air ktuban tuh dari organ baby yang dah ter-expand tuh.ada lah dalam beberapa kali.tapi doctor dah pesan awal2,dia tak jamin baby dalam kandungan kakak ipar aku tuh boleh selamat dan hidup mcm manusia normal.

ini dugaan terbesar buat abang aku dan isterinya.emm,buat kami se-family juga!tapi kakak ipar aku nampak cekal walaupun aku tahu dia sangat sedih dan risau!ibu mana yang tak risau bila tahu anak yang di dalam rahimnya sendiri ada komplikasi?tapi nak buat macamana,kan!itu semua ketetapan yang maha esa dan ujian buat abang aku dan isterinya.

dengan nasihat doctor,baby dalam kandungan kakak ipar aku dikeluarkan sebulan awal dengan cara pembedahan.Alhamdulillah,pre mature baby yang comel ini selamat cuma seperti yang dijangka,terdapat komplikasi pada paru2 baby.baby dimasukkan dalam icu dalam keadaan kritikal.ada lah dalam 2 3 minggu.pembedahan ke atas paru2 baby jugak ada dilakukan,1/3 daripada paru2 sebelah kanan baby dibuang.

seperti biasa,doctor tak jamin apa2 untuk baby boleh kembali hidup seperti manusia lain.

kami sekeluarga serahkan segalanya dan bergantung penuh pada kuasa Allah!doa,solat hajat,bernazar semua dah dibuat cuma tggu dan lihat apa yang akan terjadi je!

Alhamdulillah,Allah nak buktikan kekuasaan nya,baby makin lama makin sehat sehingga ke hari ini :)

setelah bbrapa bulan,masa kakngah diena pergi appointment dgn doctor,doctor sgt terkejut dan kagum dgn improvement kesihatan kakngah!doctor kata,kejadian nih jarang berakhir dgn happy ending dan ini satu keajaiban!

kakngah diena acu :)

yakinlah dengan tuhan yang menciptakan kamu dan seluruh hidupan yang melata di bumi ini!

cuma aku sangat marah bila ada orang pertikaikan tentang warna kulit kakngah diena!mreka bandingkan dengan kulit putih ablong rifdi!boleh pulak mcmtu!pre mature baby memang lah gelap siket,bila dah grow up nanti perlahan2 jadilah cerah!boleh pulak pertikai benda kecik macamtu dalam keadaan macamnih.janji kakngah diena selamat sudahlah! T_T

okay,sengaja cerita pasal nih sbb aku sedang berdukacita!cerita nih penguat semangat aku.nak engatkan diri sendiri,ada apa pada kuasa dan prediction manusia!kita ada Allah jadi apa perlu kita sedih sob sob,risau mcmnh mcmtu,kecewa itu kecewa ini!

aku sakit.siapa yang boleh terima penyakit aku nih dengan seadanya? :(


nota kecil:mak je kot yg boleh terima anak dia nih berpenyakit.oh makkkkkkkkkk!

2 comments:

shalina bt abdul manap said...

kesah ini sangat memotivasikan!

Anonymous said...

cs222 said,,,sume org kene pnykit,,,