Monday, December 6, 2010

1432H


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Segala puji itu bagi Allah,tuhan pentadbir alam.semoga Allah cucurkan sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat2 sekalian.

Ya Allah wahai tuhan kami,perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang engkau larang pada tahun inimaka kami belum bertaubat daripadanya padahal engkau tiada meredhai dan engkau tiada melupakannya dan engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami mencebur diri melakukan maksiat itu.maka kami sekalian memohon keampunan MU.

Ya Allah,ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang kami telah lakukan sepanjang tahun ini yang engkau redhai,yang engkau telah janji akan ganjarannya maka kami mohon diperkenankan atas perbuatan yang telah kami lakukan itu dan engkau tidak menghampakan harapan kami.ya Alla tuhan yang amat pemurah..

Ya Allah engkaulah tuhan yang kekal selamanya,sedia ada dan tiada permulaan.kelebihan mu amat besar dan kemurahan mu sangat sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru.Kami mohon kepadamu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat juga daripada konco konco syaitan dan bala tenteranya.dan kami mohon daripada mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah dan kami mohon juga kepadamu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja2 kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadamu.

Ya Allah tuhan yang maha agung lagi mulia.ya Allah tuhan yang sebaik2 mengurniakan rahmat.


tahun baru,tutup buku lama,buka buku baru!buku lama boleh juga dibuka sekali sekala,untuk dijadikan iktibar hidup,bukankah begitu?

aku sambut tahun baru sorang sorang dalam bilik,roomate tak balek lagi.aras aku nih pun tidak berpenghuni.cuma aku seorang!yang lain masih di rumah bercuti sakan sukun!

ohh btw,aku sudah di bangi skarang!

semangat kan aku?balek awal gilaaaaaaaaaaaaaa sedangkan kelas mula 20dis nanti!

semoga sem dua nanti aku tak kecewakan mak abah lagi!jugaa pada agama yang aku beriman kepadanya dan ngara.dan bangsa.dan orang2 kampong!aku terima seadanya rslt sem satu nanti.aku mahu redha.yes,redha!

wahai kimia analisis,mikrobiologi,pengenalan mikrokomputer dan teknologi maklumat,biodiversiti,kimia fizik,persiapkan diri kamu!zahidah datang nak menguasai diri kamu semua!!

No comments: