Saturday, January 1, 2011

salam syukur


assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :D

jejengg!nampak kelainan tak pada entry baru nih?aku mulakan dengan salam :D ini salah satu hijrah yang aku akan buat sedaaaaaaaaaya upaya aku sempena satu tapak meningkatnya umur ke angka 20-an :P kalau perasan,nampak mcm beriyeee je kan taip salam sampai full.okay aku ada satu cerita di mana cerita ini lah yang membuatkan aku rasa,oh why not kalau diamalkan selalu,simplee tapi manfaat dan hikmahnya sgt besar!cuma kadang2 mulutt tuh kemam emas brapa kerat taktau sampai berat sgttt nak bukak haihh!

begini ceritanya,pernah satu hari tuu,seorg lelaki melewati Rasulullah dan memberikan salam kpdnya dgn ucapan, "Assalamualaikum ya Rasulullah" .Rasulullah menjawab "Waalaikumussalam" dan Rasulullah bersabda "baginya SEPULUH".

seorang lelaki lain melewati Rasullah dan memberikan salam kepada Rasulullah dgn ucpan "Assalamualaikum warahmatullah ya Rasulullah".Rasulullah menjawab "Waalaikumussalam warahmatullah" dan Rasulullah bersabda "baginya DUA PULUH"

datang seorang lelaki lain melewati Rasulullah dan memberikan salam "Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh".Rasulullah menjawab "Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh" dan Rasullah bersabda "baginya TIGA PULUH PENUH"

seeeeeeeee?betapa banyaknya pahala boleh dapat dengan hanya menyebarkan salam jee!rugilah kalau tak cuba!dah la nih tips merapatkan ukhuwwah Rasulullah pesan,confirm lah ada banyak manfaat!nak cuba nak cuba :D

ada lagi satu ceritaa yg aku ada baca tuu kan,sahabat Rasulullah bernama Abdullah ibn Umar selalu ke pasar tapi bukan betujuan untuk membeli barang tapii dia hanya mahu memberikan salam kpda orang ramai.memang besar pahala menghidupkan sunah Rasulullah :)

tamat kisah pasal salam.semoga ada manfaat kpada semua!terpulang lah kepada diri sendiri,buatlah keputusan yang bijakk.nak ke tanak,mahu ke tidak mahu,malu ke tak malu.hihi.

kat facebook,ada game baru.kawan pm kita any number,lepastu kita buat number tu jadi status dan describe apa yg kita fikirkan pasal dia.kiranya status tuu nanti hanya kita dengan pengirim nombor tu jela yg akan tahu.its fun,really fun :D

bila baca apa yg orang tuh describe kita rasa macam tak sangka lah,terharulah,nak nangis lah.simple game yang aku rasa macam boleh merapatkan ukhuwwah antara kita.alhamdulillah lah,mostly nya kita atau kawan kita akan describe yang positive je lah dan kalau ada yang negative pun,akan disupport dan disusuli dengan statement positive jugak.

apa yang boleh disimpulkan daripada game ini ialah kita perlu bersyukur dengan apa Allah kurniakan pada kita.

kita hanya selalu nampak pelangi di atas kepala orang lain.faham tak?sbagai contoh,kita nak jadi siti nurhaliza.mesti seronok jadi siti,dah lah kaya,cantik pulak tuu,suara sedap,popular,bisnes kemainn lakuuu wah wah beruntungnyaa badan!then ada sebuah kereta besar lalu di depan mata kita,dalam hati tak habes2 cakap amboiiii,besarnya kereta.bertuah nya dia,mesti bahagia gila lah.takde la jadi mcm aku,naik motor kapchai jee.tak mampu la katekan!inilah yang dimaksudkan dengan nampak pelangi di atas kepala orang lain!

kita tak tahu,siti nurhaliza menangis hari2 dalam bilek,sedih dan kecewa dengan gossip yang orang ramai sebarkan.macam2 masalah yang dia hadapi,bisnes ada orang dengki ke,bila kalah tak dapat anugerah orang cakap dia dah tua la,tak laku laa.kita tak tahuu,orang yang bawa kereta mewah tadi tu mempunyai macam2 masalah jugak.kereta besar,confirmlah roadtax pun lebih mahal (eh yeke?kan kan?!) duit nak bayar minyak lagi,kalau rosak sekali perghh kemainn mahal nak bayar untuk repair!

jadi,bersykurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita.orang lain sibuk admire kita,suka tgk kita,cara pembawakan diri kita,gaya yang kita pileh untuk menutup aurat,tapi kita?mcm2 mengomel cakap kita nih tak cantik lah,gemuk lah,rasa mcam kolot tutup aurat la,bla bla bla.

bersyukurlah sentiasa,okay! :)

jom laaaaaaaaa main game kat fb tuu.gimme any number,cepaat :P



**entry ini lebih untuk menasihati diri saya sndiri.
cuma bila rasa ada kebaikan boleh dapat bila dikongsi brsama org lain,
maka,saya kongsikan lah :)
mintak maaf kalau ada terlanjur kata bicara menghiris mana2 hati yg merah ituu :P


nota kecil:aku pernah rasa nak jadi cantik macam wardina safiyyah T.T

No comments: