Monday, November 15, 2010

hutang dua;jejaka soleh dan berwajah nur

mr.google recommendkan gambar ini sbgai jejaka soleh.wah wah

kali nih bukan soalan tag dah tapi ada seorang pakcik request satu topik untuk aku huraikan.topik yang diberikan ialah LELAKI SOLEH atau BERWAJAH NUR DARI KACAMATA AKU..

kesian pakcik tuh.dia nak dengar aku punya huraian dah lama gila dah.namun,ianya terpaksa ditangguhkan atas bebanan kerja aku yang membukit dan menggunung di ukm.bila cuti nih baru ada masa lapang,senggang dan lengang sampai kadang2 aku rasa aku dah jadi surirumah yang paling productive,anak2 buah aku urus mcm anak aku je,rumah bersih sangat,lantai berkilat sampai silau mata,sliding door tuh sangat bersih sampai bila nak lalu main langgar je cermin tuh sbb tak perasan ianya cermin kerana terlalu bersih! *semua ayat tokok tambah sbb nk bg sedap ayat*

okayy aku mulakan huraian aku dengan point yang diluahkan oleh otak lalu jari pantas menaip sebagai output kepada input yang diperoleh daripada proses pemerhatian,pengkajian dan pendengaran..ingat tau,ini daripada kacamata aku.sebarang kekurangan dan kelemahan,sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf ya! ;)

pertama,kalau si jejaka itu merupakan kaki masjid :D bila lelaki ke masjid automatically nampak sangat baik dan ke-soleh-an nya sangat terserlah!this is the simplest thing yg kita boleh identify si jejaka ini adalah dari kalangan lelaki yg baik dan soleh walaupun aku tahu bukan semuanya totally baik dan kita tak boleh judge hanya seseorang itu dengan cara mcmnih.cuma ini adalah benda yang paling obvious boleh kita lihat.macamana si jejaka ini boleh tersesat di masjid sedangkan majority penghuni masjid selalunya daripada kalangan lelaki berkategori pakcik dan atuk!malah,lelaki muda selalunya dikatakan tidak stylo atau too early atau buang tebiat jika masjid dijadikan tempat dihabiskan masa,kan!betapa istiqamah ke masjid ini memerlukan keteguhan hati dan kemantapan jiwa,bukan?jejaka istimewa sahaja boleh lakukan! *wink wink*

second point of mine,si jejaka itu mempunyai mulut yang manis!hahaha!sila luaskan skop masing2!bukan lah bermakna dia pandai menanam tebu di pinggir bibir.pengertian manis mulut aku tidak memerlukan tebu!ianya lebih kepada madu.hahah.maksud aku,dia pandai mengambil hati orang lain,tiada ayat2 mencarut,tiada ayat2 yang yang menyakitkan hati dan mampu menggoreskan si pendengar.ini pun salah satu benda yang obvious untuk di-identify.selalu aku dengar lelaki yang seriously tak kacak langsung tapi peminat berderet macam keretapi.perlu kita tahu,hanya dengan kata2,ia mampu mencairkan hati dan jiwa! ;p adakah aku memasuki zone out of topic?hahaha.ringkasan untuk point ini ialah,jejaka soleh dan berwajah nur hanya mengeluarkan kata2 yang baik dan elok kepada sesiapa sahaja tak kira status,umur dan jantina ya!apabila bergurau juga,tiada kesan dalaman yang ditinggalkan.

point seterusnya,si jejaka itu penampilannya nampak bersih dan kemas.bagi aku lah,kopiah atau songkok itu bonus.tapi kalau tak pakai pun ianya tidak menjadi masalah besar.mungkin point ini dah tak berapa menjadi keutamaan dan less important.penampilan diri ini terlalu subjektif dan aku pun tak reti sangat nak simplify.hahaha.

opss,aku terlupa nak masukkan sub-point ini pada perenggan bermulut manis tadi.aku macam malas nak edit jadi aku tuliskan di bawah ini ya!jejaka tahfiz atau hafiz adalah bonus juga :D dan kalau pandai beri tazkirah atau nasihat juga sangat membonuskan :D gila dah ayat aku :P tapi pandai jadi imam itu wajib tahu!hehe

lagi point yang aku nak highlightkan ialah ilmu!si jejaka yang mengambil jurusan berkaitan agama mungkin takde masalah.bagi jejaka yang ambil jurusan ilmu duniawi bak kata orang2 tua,itu yang perlu dirisaukan sedikit.tapi sebenarnya,tiada ilmu di dunia ini yang membawa kepada keduniaan sahaja.semua ilmu itu bukankan milik sang pencipta dan menuntut ilmu itu fardhu ain tak kira lah ilmu apapun!berbalik kepada point aku tadi,jejaka yang mengambil jurusan bukan agama perlu lebih usaha dan komitmen untuk mencari ilmu agama nafsi2 atau kata nama lain,sendiri sendiri.ilmu ini lah yang boleh mengisi hati dan jiwa yang kosong dan lompang.benda nih memang susah kita nak nampak pada seseorang jejaka tuh,kan!tapi kadang2 boleh jugak nampak bila tengok cara dia bercakap,cara dia beri kata2,bila dia beri tazkirah,bila dia bagi nasihat!kalau ayat yang digunakan terpacul firman Allah dan sabda nabi,memang pergghhh lah kan!kehkehkeh ;p

cemerlang dalam akademik,professional dalam sukan,punya pangkat dalam organisasi,punya kerja yang bagus,gaji yang mantap itu semua pakej bagi aku.kalau ada okay,kalau takde pun okay jee,tiada masalah!

panas baran,kedekut,belagak sombong bongkak dan sama waktu dengannya hanya mencacatkan peribadi si jejaka!hehehe.

okay,dah berapa ribu patah perkataan dah?nak taip lagi dan tambah beribu2 perkataan lagi tapi disebabkan esok raya,jadi tanak lah memperuntukkan banyak sangat masa kat depan pc nih.aku dah short listed kan criteria jejaka soleh dan berwajah nur dari apa yang aku lihat lah kan.silalah kritik dengan menggunakan perkataan yang baik jika mahu dikategorikan sbgai jejaka soleh dan berwajah nur!hahaha.aku tahu semua org tak sempurna dan jarang2 dapat pakej yang aku cakapkan.ini cuma peringatan dan masing2 marilah menuju ke arah kesempurnaan itu walaupun tahap sempurna total itu tidak mampu dicapai.

ksimpulannya sebenarnya,iman itu paksi kehidupan!jika imannya tebal,inshallah smua benda tiada masalah!

berat aku mahu katakan,bahawasanya ini adalah lebih kepada criteria ciri2 lelaki idaman aku!hahaha.

semoga pakcik A berpuas hati :)


nota kecil:mungkin anda ada ciri2 yang dikategorikan sebab tuh anda mempunyai secret admirer maklumlah,lelaki makin sedikit,lelaki yang soleh lagilah sedikit! :D

No comments: