Sunday, November 7, 2010

5 hari 5 malam bersama si dia

tutup mata,buka mata,kempis hidung,kembang hidung,tadaaaaaaaaaa!!short holiday di rumah dah tamat dan sudah pun kembali ke bangi.tiada yang lain boleh dan harus diungkapkan selain syukur alhamdulillah.kalau Dia tak izin,memang kaki aku tak sampai lah ke rumah,kalau Dia tak izin,memang sampai sekarang lah aku dok menebalkan rindu je lah.terima kasih Allah atas keizinan! *senyum lebar2 manis2*

lima hari duduk rumah macam woahh!selera aku berganda daripada biasa.non stop bukak tutup peti ais dan tudung saji selama lima hari tuh.mungkin lama duk bangi,aku dah lupa erti apa itu kenyang!kat ukm,hari2 makan benda yang sama,tengahari makan bubur takpun paling grand pun makan nasi berlauk.lauk pun hari2 sama je.petang pulak makan maggie goreng takpun nasi goreng.oh,nampak mcam tak bersykur ke?oh tidakk,aku bersykur sebenarnya!cuma hati kecil je yang mengomel2.okay2,insaf2 bila terkenang mangsa catuan makanan kat perlis akibat banjir dan ramai lagi manusia yang tak mampu nak dapatkan mknn T_T cuma kat rumah,tereksited sebentar dengan pelbagai pilihan menu air tangan mak :D

dengan hidup yang konon dah tak ade exam lepas balek rumah,memang enjoy lah berkepit dengan anak buah,muhammad rifdi :)

rifdi memang anti dengan aku sebab aku sukaaa sangat kacau dia.kalau boleh,nah aku tunjuk bukti pipi aku yang kena calar dengan kuku tajam dia,kaki aku yang tinggal parut kena gigit,tangan aku yang masih berbekas kena cubitan dia.bila aku suruh cium aku,dia menggeleng.bila aku sua tangan nak dukung,dia palingkan muka dia dari aku.see?betapa tebalnya perasaan anti nya pada acu dia!

tapi takpeeee,kita sebagai mahasiswa universiti yang punya akal yang panjang dan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi,mana boleh menyerah kalah termenung sedih di balik jendela begitu sahaja..

umpan dengan barang mkanan memang paling effective.sua je lah makanan apa2 pun,takpun tak payah sua pun dia akan datang automatically.hehe!suap dia ais krim paling best.satu sudu suap dia,sepuluh sudu suap diri sendiri.amalan ini abg aku yang ajar!hahah.bila ais krim dah habes,dia mengamuk,sua pula benda lain bagi dia lupa apa yang dah berlaku.sua air masak pun jadi lah.dia akan 100% senyap dan teruja nak minum air masak tuh pulak!

ajak naik vroom vroom pun antara tips berkesan.dia memang gilakan motor.sekali dapat pegang handle motor tuh takpun stereng kereta pun,memang dia takkan lepaskan punyaa!umpan lain yang boleh dibuat umpan,ajak dia tengok ayam,helikopter,kambing dan main suis :P

rindu lah kat rifdi.mcamana nak hidup nih,baru brapa jam berpisah rindu dah tebal mcm kamus dewan bertingkat2 :)

dah tak biasa pulak tidur sorang2.dah lima hari tidur sebelah rifdi rasa nak tidur sebelah rifdi sepanjang hayat!hahah!takde dah lah aku terkejut malam2 kaki rifdi kat muka aku,tilam tiba2 basah walaupun sebelum tuh kering jeeee,bunyi rengekan rifdi yang selalu terbangun setiap 30minit nak ditepuk2!waah,rindu rindu rindu..

penggila motorsikal

penat qiyamullail semalam


acu dan pak uda suap aiskrim comot2.saje dengki.hahah!

budak gemok yang didakwa telah melakukan keganasan terhadap acu nya.


okay,hilang dah macho aku!

tak sabar nak exam dan tak sabar nak mula cuti sem!

amboi,tak baca buku apa2 pun lagi,tak sabar nak exam kononnn.ceh!

terima kasih Allah,aku selalu lupa engkau,tapi sedetik pun engkau tak pernah melupakan aku hamba mu ini!ya Allah,berkati lah keluargaku.bawakan kami ke jalan syurgamu dan jauhi kami dari pintu siksa azab neraka mu.



nota kecil:kenapa sengaja nak buat sesuatu yg menimbulkan tanda tanya?sengaja kan!tak suka lah.

No comments: