Friday, October 15, 2010

philo sophos

mata aristotle.hikhik


semalam aku berpagi-pagian dan bermalam-malaman dengan subjek falsafah.sungguh,aku sudah jatuh cinta dengan subjek ini.subjek ini ringan.tidak seberat subjek biologi molekul dan kimia organik T_T

dalam bahasa yunani,philo bererti cinta dan sophos bermaksud kebijaksanaa.dalam erti kata yang lebih difahami,bidang falsafah nih adalah bidang yang amat mencintai kebijaksanaan dan kebenaran.

panjang lebar aku baca semalam.siket2 macam subjek sejarah tapi falsafah lebih menarik,jauh lebih menarik dan tertarik daripada sejarah tingkatan satu dua tiga empat mahupun lima.hahak.sejarah lebih kepada kisah kenegaraan dan lebih bersifat umum.falsafah pulak,kita belajar pasal sejarah falsafah dahulu kala sahaja.jadi lebih specific dan lebih seronok dan sangat seronok. *hoh*

baca tentang aliran yang ada dalam aspek espitemologi sangat menerujakan aku.aspek espitemologi nih adalah aspek tentang ilmu.kita belajar pasal teori2 ilmu dan aliran2 yang wujud mengenai ilmu pengetahuan.contoh aliran yang ada ialah aliran rasionalisme, empirisisme, positivisme, realisme dan idealisme.

pernah dengar tak ada orang memberi statement bahawa bidang falsafah ini adalah bidang yang sangat membuang masa dan menjadi faktor kepada kemunduran kepada agama islam.ya,aku setuju di situ.bidang ini lebih kepada pendapat dan pegangan individu yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya.tapi bagus juga falsafah ini.kita dapat melihat betapa manusia itu lemah,punya batas dan limit dalam berfikir dan bertindak.

aku tertarik dengan aliran intuisionisme iaitu aliran semacam inspirasi atau ilham yang bersifat ghaib dan subjektif.dalam aliran ini,ada menyebut perihal extra-sensory-perception (ESP) iaitu perolehan pengetahuan tanpa melalui pancaindera.telephaty,spiritualism dan dream interpretation termasuk dalam ESP nih.

Telephaty mesti ramai yang penah dengar kan.telephaty ialah mengetahui atau merasakan dari jauh.tokoh telephaty nih contohnya ialah Upton Sinclair.dia penah cuba sistem nih sebanyak 290 kali dengan isteri dia melalui penggunaan lukisan dan gambar yang disaksikan oleh para penonton.dia suruh penonton pilih satu lukisan matematik atau lukisan binatang.then lepas pileh,dia pun fokus kat gambar tuh.tengok dalam2 dan lama2,semacam menghantar wave atau signal gambar tuh pada isteri dia yang time tuh ada jauh dari dia.isterinya diminta untuk melukis apa yang dia rasa dan akhirnya,tepat skali.gambar yang sama dengan apa yg difikirkan oleh suaminya.

oh so sweet!hahaha.

okay nak crita lagi satu point dalam falsafah yang buat aku cintakan subjek ini.

pasal al kindi,al farabi dan ibnu sina.lepas aku baca buku aku nih.diorang seolah2 tidak percaya kepada teori kenabian dan imam al ghazali lah yang membetulkan keadaan.jadi aku musykil,kenapa ketiga2 tokoh falsafah nih dibanggakan oleh umat islam zaman sekarang?oh,terlalu banyak yang aku perlu explore pasal falsafah nih.habeslah nanti,tak study langsung pasal subjek sains pulak.jadi,aku tamatkan saja persoalan aku di sini dan kalau ada masa baru aku nak kaji btul2 pasal nih.

hati dan jiwa aku sudah hampir sepenuhnya sihat,stabil dan kembali normal.syukran ya allah :)

rajin gila kan aku post entry baru?nih mungkin sebab aku dah deactivate facebook account.kiranya macam sama jugak,tetap membuang masa =,=


nota kecil:sibur-sibur sudah menjadi kenangan.jaga diri molek2 dan smoga dapat terbang jauh menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa kehadiran aku yang lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan :)

1 comment:

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your zahidahoreoo.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com