Saturday, May 12, 2012

#random entry 2

Berharap untuk dapat hati yang suci dan mughni sesuci mawar putih ini?

Bila ada orang puji cakap kita nih baik, perempuan baik-baik, solehah bla bla dan segala jenis pujian yang melambung, aku tak tahu nak respon macamana. Bukanlah nak marah sebab orang tu puji lelebih, nak bodek ke ape ke, tapi bila dia cakap macamtu....


Dalam sekelip mata, tiba-tiba je aku akan rasa aku berada di satu tempat yang gelap hitam suram muram, sunyi takde orang dan hanya ada satu spotlight yang menghala pada muka aku (sila imagine sama!). Lepastu macam berlaku satu perbualan antara aku dengan diri aku sendiri. Aku tanya lepastu aku sendiri yang jawab, yang mana jawapan tu datang dari bisikan dari hati. Betul ke aku nih baik macam orang ni cakap? Betul ke aku dah boleh masuk kategori solehah macam orang tu cakap? Lepastu aku akan cuba putar masa dari saat ke saat ke belakang. Aku ada buat bla bla bla bla bla bla bla bla bla (ungkit sgala kesilapan sndiri) belakang mata diorang. Baik ke aku macamtu? Solehah ke perangai macamtu? *mengeluh kesal*


Lepastu rasa down. Rasa kerdil. Hanya Allah yang tahu sebab aku yang kenal diri aku sendiri macamana kan. Aku tak layak untuk itu :(


Btw, its okay. Mudah-mudahan jadi doa dan motivasi untuk kite berubah kepada yang lebih baik, ameen inshallah. Akan berusaha untuk itu! Kbai. *berlalu pergi dan kelam kabut nak improve diri*


Psst. Tak reti nak letak tajuk apa. Setiap entry yang takde idea ntok tajuk akan jadi #random entry :P

No comments: