Thursday, May 10, 2012

#random entry 1

Aku akan berusaha ntok menaip entry ini dalam masa kurang daripada 15minit. Okay mulakan tetttt!


Ini gambar anak gadis comel berserta beberapa point cighi-cighi wanita solehah yg kite jumpa kat fesbok. Aik, dah deactivate fesbok tp masih bole access fesbok? :O

Im working for it! Inshallah. Marilah kite working for it sama-sama. Bukankah berdua lebih baik daripada bersendirian yakni nafsi-nafsi? Dan bertiga lebih baik daripada berdua? Dan berempat lebih baik daripada bertiga?  Dan beramai-ramai yakni berjemaah itu lebih baik daripada semua yg telah disebutkan?

Kerana,

Kita mahu masuk syurga bersama-sama. Berpimpin tangan dengan bahagia dan gembira. Kita berjiran di syurga yang indah. Cuba berikan definisi indah di matamu? Nescaya, syurga itu berjuta kali ganda indah daripada apa yang kamu cuba gambarkan. Indah syurga bukan biasa-biasa. Kamu katakan dunia ini indah? Ketahuilah, dunia ini penciptanya ialah Allah. Dan Allah jualah yang menciptakan syurga. Allah sendiri yang menyebut perihal keindahan syurga di dalam warkah ayat-ayat cintaNya. Kamu membacanya setiap hari dan beranikah kamu mendustakan apa yang telah kamu baca?

Allah, tetibe zaidek teremosi :O Hehe.

Takpe la, perlahan-lahan ye? Harini kita ubah ini, esok kita ubah itu, lusa kita ubah itu dan ini, inshallah ;)

Deactivate facebook sbb nk kurangkan life di alam maya. Nak hidup di alam realiti. Marilah kita hidup di dunia yang nyata kerana sesungguhnya di alam maya itulah terdapat banyak mainan yang melibatkan hati dan perasaan. Aduh sakitnya. Pedih yg tidak terhingga. Okebai :P




No comments: