Assalamualaikum :D
Ramadhan dah menjengah ke hari ketiga. Mcamana sambutan yang dibuat? Kali nih terasa luar biasa bersemangat, tak macam ramadhan yang lepas-lepas. Mungkin sebab sepanjang ramadhan kali nih kebetulan aku tengah bercuti-semester, jadi takde komitmen lain yang berat nak dilakukan selain daripada fokus beribadah. Fokus ke? T.T Okay lah kot untuk hari2 terawal ramadhan nih Hehe. Cuma dah duduk rumah nih, confirm lah bertiga je dengan mak abah dan hidup sebagai anak tunggal. Rasa tak meriah pulak kann. Sebelum2 nih kat taayah wah meriah sangat. Rindu pulak nak semuanya beramai2. Oke mcam terlalu banyak songeh pulak. Lupakan lupakan.
Bila dah takde komitmen berat nak dibuat, macam banyak sangat masa yang terluang. Aku kononnya taknak online sangat. Jadi hidup aku banyak mengkhatamkan buku2 dan novel2 islamic yang aku baru beli khusus untuk ramadhan. Kali nih aku nak cuba baca novel2 sejarah islam sebab sebelum nih seriously takde kesedaran langsung dan semangat nak hayati sirah pejuang2 islam. Yang sedang aku baca nih tajuknya Aminah tulisan Zahiruddin Zabidi. Quite interesting jugak. Dah nak khatam dah pun :D
Tapi tahu-tahu jelah, bila baca pasal sirah je, baca dua tiga bab lepastu menguap beribu kali. Mata makin sepet. Otak dah melayang, makin baca makin tak faham. Akhirnya tertidur tanpa sedar. Tanpa sedar ye, meaning tanpa niat. Bila ini berlaku, akan terjadi penyesalan selepas terjaga semula. Jadi inisiatif dibuat ialah online! :D Online adalah satu aktiviti yang tak pernah me-mengantuk kan, kan! Cuma yang istimewa kali nih, kita online dengan batasan. Bukan online tanpa batasan macam hari2 biasaa ;p Terima kasih Majalah Solusi kerana menyediakan checklist ramadhan dalam majalah isu 34. Boleh buat analisis di akhir ramadhan dan nak improve mana2 kelemahan. Masih belum terlambat, dapatkan Majalah Solusi di kedai buku berhampiran :D
Sebenarnya, aku dah tercakap banyak benda yang tersasar jauh daripada niat sebenar untuk entry nih. Jadi, mungkin entry nih akan meleret panjang T.T Niat sebenar, aku nak berkongsi part menarik dalam buku 8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu karangan Dr. Abd Rahman Umayrah. Aku baca buku nih before ramadhan, dan baru khatamkan dua tokoh Hahah. Akan disambung pada selepas khatam buku Aminah barangkali? :) Okay ini yang aku nak kongsi!
Nasihat oleh isteri Auf Bin Muhallim kpada anak gadisnya ketika anak gadisnya itu dijodohkan dan kemudian dihantar ke rumah suaminya. *Touching mode : ON*
'Wahai anakku, kini engkau telah keluar darpada rumahmu, berpisah dan meninggalkan apa yang selama ini menjadi sangkar bagimu. Lantas engkau akan memasuki sangkar baru yang sama sekali engkau belum kenal, akan bersangding dengan suami yang juga belum pernah bertemu utk bersama dan bersatu. Maka dengarlah nasihat ini wahai anakku. Jadikanlah dirimu ibu bagi suamimu, pasti dia juga akan menjadi simpanan yang amat baik bagimu.'
'Yang pertama dan kedua, berkawanlah dengan suamimu dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengannya dengan penuh keikhlasan pula. Jadikanlah dirimu sebagai pendengar yang baik seta taatlah kepadanya.'
'Yang ketiga dan keempat, perhatikanlah ke mana arah matanya tertuju, ke mana arah hidungnya menghidu. Jangan sampai mata suamimu mengarah pada sesuatu yang buruk yang ada pada dirimu. Janganlah sampai hidung suamimu mencium kecuali yang serba harum dan yang ada pada seluruh badanmu. Pakailah celak yang terbaik di antara yang terbaik, pergunakanlah sabun yang wangi di antara yang wangi.'
'Kelima dan keenam, perhatikanlah waktu makannya dan jadikan tidurnya tenang. Lapar itu dapat membuat seseorang gelisah yang akan mengganggu tidurnya dan membuatnya marah.'
'Ketujuh dan kelapan, jaga dan pelihara baik2 rumah dan hartanya, jiwa, anak2 dan nama baiknya. Ke mana wangnya engkau belanjakan hendaklah engkau atur sebaik-baiknya'
'Kesembilan dan kesepuluh, Jangan membuka rahsianya, jangan melanggar perintahnya. Apabila engkau membukanya juga, tahulah engkau akan merasa tidak aman sebagai akibatnya. Dan apabila engkau langgar juga perintahnya, hatimu akan gelisah. Jgn engkau nampakkan rasa gembira ketika hatinya sedih dan atau resah. Sebaliknya, jangan raut wajahmu murung ketika dirinya sedang dalam keadaan gembira. Jika tidak, engkau akan menjadikan suasana kemuraman di dalam rumah tanggamu.'
'Jadikanlah engkau wanita yang paling mengagungkan dirinya, nanti engkau pasti dihormatinya. Wahai anakku, perhatikan pula apabila dirimu menjadi tempat tumpuan baginya, engkau juga akan mendapat perlindungan sebaik2nya daripada suamimu. Engkau tidak akan mendapat sesuatu yang menyenangkan kecuali engkau mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan dirimu'
The end :)
Nasihat ini lebih kepada kaum wanita dan marilah kita serap point2 penting untuk kehidupan masa akan datang ;) Betapa aku nampak pentingnya peranan wanita dalam sesebuah institusi. Kita adalah bakal pengurus dan untuk menjadi pengurus solehah, mari persiapkan diri dengan tugas2 sebagai anak solehah :D
Ohh btw, Happy Ramadhan Kareem ntok semuaaaaaaaaaa penduduk muslim di serata dunia ^^
*Entry lebih kpd untuk diri sndiri.
No comments:
Post a Comment