Wednesday, July 13, 2011

Main cooking-cooking

Senyuman lebar

Assalamualaikum :D

Semalam aku ditugaskan untuk masak lebih sedikit daripada hari2 biasa sebab abang aku nak balik. Aku pun masak jelah ikut resipi sendiri macam biasa. Campak2 apa yang rasa sesuai, pendek kata ikut naluri lah. Aku masak ayam masak undefined dengan sup pelbagai jenis cendawan :D

Abang aku balik dan terus menuju ke dapur. Nasi dicedok, dibuka tudung saji dan makan dengan selera yang memuncak. Aku pun turut ke dapur dan menyapa,

HARI NIH SY YANG MASAK. SEDAP TAK?

Abang;

TAK SEDAP DAN TERLALU BANYAK KELEMAHAN.

Aku ;

TIPU JE, MAK YANG MASAK.

Abang ;

TIPU JE, SEDAP GILAAAAAAAA.

Aku berlalu pergi dengan senyuman selebar laut china selatan ;) Faham sangat dengan egois seorang lelaki hehehe

Dah malam tengok pulak abah makan. Licin semua pinggan mangkuk periuk ; pinggan nasik abah, mangkuk2 lauk dan periuk di dapur. Hari ini terasa seperti hari yang luar biasa.

Perasaan yang hadir dalam jiwa aku masa tulah perasaan yang selalu dirasakan para isteri dan para ibu barangkali? Rasa kepuasan yang tidak terkata dan tidak terhingga! Hehehehe :D

Salah satu yang buatkan aku sayang cuti kali nih ; Ada improvement dalam main masak2 Yeyy Alhamdilillah :D


- Entry nih sesaje ntok tribute peristiwa penting nih. Mungkin takde manfaat sgt -.-

No comments: