Tuesday, May 3, 2011

Gadis Matang Kembali Lagi :D


Happy birthday to youu. Happy birthday to youu. Happy birthday to NURUL ZAHIDAH. Happy bithday to youu

Aku dah berganjak ke umur 20 tahun! Baiklah, mari menerima hakikat bahawa masa tidak pernah berhenti malah tidak pernah terhegeh2 menunggu kita yang jarang-jarang menghargainya. Selamat tinggal umur belasan dan selamat tinggal fasa bermain-main dan berfoya-foya!

Sempena berumur 20 tahun nh, aku lebih prefer untuk membuat kelainan sebagai tanda satu tapak kematangan, maju ke hadapan. Kononnya lah Heheh :D

Mari menghargai MAK pada hari yang berbahagia nih. Supposely, mak lah yang patut disambut dan diberi penghargaan di atas kesabaran, ketabahan dan kegigihan mak untuk membesarkan anak bongsu mak yang paling banyak ragam, paling banyak buat masalah, paling degil, paling malas, paling besar kepala dan paling hati batu nih selama duapuluh tahun! Bukan dua tahun, bukan sepuluh tahun! Memang kalau nak dikira dan dihitung, aku lebih banyak buat mak sedih dan kecewa je daripada buat mak tersenyum lebar dan ketawa gembira! Tapi, mak tak pernah pun mengeluh depan aku. Mak tak pernah pun cakap menyesal dapat anak macam ak. Mak tak pernah pun bagitahu aku okay, i dah letih dapat anak mcam you, sekarang kita break up! T.T

Esok mari belanja mak dengan abah! Kita makan bertiga-tigaan! Rasa macam syukur jugak adek bradek lain takde kat rumah kikiki. Okay, tipu je! Rindu nak berkumpul semuaaa skali, tapi bila sorang pun takde wish birtday aku on time, rasa macam tak jadi nak rindu. Hek eh!

Terima kaseh kawan2 yang wish di malam yang sayup-sayup rasa nak menangis nih. Ohh, hati gadis yang berumur 20 memang macamnh. Sukar di-interpretasi. Aku sengaja hide kan birthday aku kat facebook. Tanak wall dipenuhi ucapan2 adat dan keterpaksaan Hahaha. Tak macam tahun2 lepas, aku ternanti2 wish2 daripada manusia sekeliling. Mahu dihargai. Bukan bukan, ayat yang sesuai adalah dipaksa menghargai heheh. So, kali nih wish yang aku dapat kiranya wish2 yang telah ditapis oleh orang2 yang ikhlas nak mendoakan aku. Terima kaseh kawan2 skola rendah aku yg still engat tarikh keramat birthday ak nih lagi, Hannah, Nisah dan Nana :) Kawan2 taayah, Mar, Azie, Fathen, Sarah, Nab, Atin, Munie dan Finie (Yang engat sebab dah set dalam phone pun acceptable jugak lah haha) :) Oh, tak lupa jugak pada kawan2 biochem yang sangat matang dan awesome, Ashraf, Nisah dan Afiq. Nampak tak nampak tak nampak tak nama2 korang smua dah terpahat dan terukir dalam hati aku nih. Nampak takkk?? :)

Setiap kali aku bertemu 4may, aku ada banyak benda nak lakukan. Tapi, untuk 4may 2011 nih, aku tanak mengimpikan terlalu banyak benda yang belum pasti aku mampu untuk laksanakan. Jadi, aku nak perbaiki kelemahan2 yang aku selalu lakukan. Aku nak cuba penuhi hak Allah terhadap hambanya, hak mak abah terhadap anaknya dan hak sahabat terhadap sahabatnya :)

Umur yang semakin bertambah bermakna masa yang tinggal untuk mencari bekalan akhirat semakin berkurang. Aku harap, aku tak mati dalam keadaan sia2, tak mati dalam keadaan berpaling dari Allah, tak mati dalam keadaan hati yang sudah berbolak jauh dari Allah. May Allah bless!

Selamat datang gadis 20tahun yang matang dan solehah! :D



Sebenarnya ada bnyak post yang tersimpan dalam draft dan dah jadi pekasam sebab takde mood tengok appearance baru blog nih. Tak matang langsung tapi malaaaaaaas nak edit balek T.T

3 comments:

aYa said...

hepi birthday dik..wah, sudah matang...

aynfndy said...

saya bile??? hihik blum matang lagi saya nampaknye :p

Anisah Sani said...

mekaseh awak! happy birthdayyy zaidek..tacink baca entryy niyh..

DAH RINDU SANGAT SAMA KAMUUU!! :')