Wednesday, May 25, 2011

Second entry untuk cuti empat bulan


Assalamualaikum dan selamat hari khamis :D

Dah berminggu tak ber-update dan adakah ini salah satu tanda kematangan yang terserlah selepas menjangkau umur 2o tahun? Hahah. Yeah. Tepukan gemuruh buat diri sendiri kerana sudah dapat men-sebati-kan diri dengan tidak bersengkang mata dan membuang masa merayau2 di alam maya tanpa rasa gelisan gundah gulana.

Baki cuti masih panjang. Kalau nak menyiapkan sebuah rumah bungalow mewah jugak masih punya masa yang cukup. Aku teringin nak attend apa2 short course tapi dah bertemu jalan buntu sebab daripada apa yang telah diusahakan sebelum nih, tak ada pun mana2 institusi yang aku jumpa yang tawarkan intake apa2 short course dalam masa terdekat T.T

Tak minat nak kerja. Mungkinkah kerana aku tak obsess dengan sekeping kertas bernama wang? Hahaha. Mengaku jelah zahidah, katakan kau tanak bangun awal2 pagi, bersiap dan nak menghadap kerenah majikan. Tidak dilupakan, bila berkomitmen dengan kerja akan mendapat kesukaran untuk mengambil cuti dan masa untuk mengembara ke seluruh dunia akan terbatas. Baiklah, my baaaad T.T

Aku sudah merindui ukm. Aku mengaku, hari pertama cuti dulu pun dah mula rindu ukm. Sebab apa? Sebab bila cuti lama-lama nih, akan punya banyak masa lapang dan terluang. Masa lapang perlahan-lahan akan meracuni iman aku. Jiwa akan kosong tanpa diisi. Bisikan syaitan lebih jelas didengari dan dipatuhi. Mulalah suara emak bergema di segenap sudut merungut dan membebel pasal anak dara dia yang seorang nih. Amalan harian pun semakin hari semakin berkurang T.T

Sebenarnyakan, aku tak boleh baca novel cinta yang terlalu menyanjungi cinta secara membuta tuli. Sama jugak dengan movie cinta. Aku mudah tacing dan wah, so sweet bla bla dan ia mempengaruhi iman aku jugak sebenarnya. Dah dua novel cinta aku khatam. Bukan nak cakap bnda2 tuh takde input. Yeah, tetap ada! Cuma aku kurang siket kemahiran nak mengaplikasikan statement -ambil yang baik, yang buruk buang jejauh ataupun yang lebih tepat ambil yang jernih dan buang yang keruh T.T

Ohh, aku dah jauh cinta dengan novel Versus by Hlovate dan series drama jepun, One Litre of Tears! Very inspiring! (Aku memang selalu lambat dan agak ketinggalan zaman. Jangan kutuk dalam hati!)

Never mind,

Move forward!

TIGA PROJEK TERBESAR MENANTI, iallah! ;D

1 comment:

aYa said...

tengok 1 litre of tears zaman 3/4th year..:P..menangis berjurai2 x?? hihi..