Wednesday, April 6, 2011

Hati Hati


Hati aku kering rupanya. Hati aku ada masalah. Mungkin oleh sebab itulah bila aku sampaikan sesuatu, walaupun ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, hati yang ingin aku tuju itu tidak sampai membuatkan aku serabut dan aku rasa semacam sesak nafas dengan dunia sendiri T.T

Perlukan sedikit masa untuk membaiki hati, baru boleh sambung study.

Jangan risau dan jangan panic. Allah sentiasa ada untuk membantu.

Mak ayah jauh dari kita. Tapi Allah sentiasa dekat. Ke mana sahaja di mana jua bila-bila masa, Allah ada untuk jadi pendengar setia. Jangan takut ye, Zahidah.

Percaya tak? Ini buktinya..


Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)



Hati nih nama je diperbuat daripada cardiac MUSCLE, nmpak mcm kuat. Tapi sedikit tersalah langkah, sedikit tersalah lorong, sedikit tersalah jalan, Hati boleh mudah mati. Hati2 menjaga hati :)

Moga Allah permudahkan proses membasahkan hati yang kering gersang nih..

1 comment:

Anonymous said...

Bila tahu tiga perkara:
1 - Kita ini datang daripada Allah.
2 - Kita ini hidup untuk Allah.
3 - Kita ini akan pulang kepada Allah.

Maka kehidupan itu akan mampu kita atur menjadi kehidupan yang bermakna.
Maka kekuatan itu akan hadir walau kita sering diduga.
Maka kita akan terus tersenyum, kerna yakin dengan siapa kita bekerja.