Saturday, February 26, 2011

masalah dah pergi balek


Allah selalu buat aku rasa terharu. Terima kasih Allah. Allah membantu dan menyelesaikan masalah aku dengan cara yang tidak disangka-sangka!

Ya,aku memang rasa sedih sebab kat sini bila ada masalah dengan 'manusia' aku memang tak tahu nak luah kat siapa,nak berkongsi cerita dengan siapa.Cara yang aku buat, pasang apa2 lagu yang bila kamu dengar,kamu akan engat Allah macam zikir untuk tidurkan anak buah aku nih dan doa hazamin ini.download dan masuklah ke dalam handphone atau mp3 anda supaya lebih mudah dan bisaa dibawa kemana2 :) untuk yang lebih efficient,mungkin boleh dengar mana2 surah bacaan oleh mana2 imam atau sheikh2 yang shahdu2 tuu :) Pasang kuat2 dan tidur!jangan fikir terlalu banyak,nanti stress dan bila stress,kamu sudah tidak productive lagi!

Yakinlah,Allah juga boleh jadi tempat meluah perasaan!Mengadulah kepadanya kerana Dia adalah sebaik2 tempat mengadu.cara Allah banyak,kalau tiba2 datang seorang manusia yang sangat baik,sangat memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah kamu,engatlah,sebenarnya Allah juga lah yang menggerakkan hati2 manusia itu untuk membantu kamu.semua itu datangnya dari Allah!

Kadang2 guna ayat2 cinta dari Allah macam yang aku telah buat kat status facebook aku semalam,memang sangat membantu!cubalah! ;)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Bersangka baiklah dengan Allah :)

*rasa nak menangis pulak :')

1 comment:

kyo_9 said...

hmm.. kalo pressure dengan persekitaran, ak lebih suka berpuasa sunat.. tp kalo pressure disebabkan member.. hmm, ak lebih suka bersemuka terus dgn dia.. ;)