Saturday, December 18, 2010

short review


okay,short sahaja!sebab tadi dah buat long,tapi entah mcamana daripada long long tu,bila publish,separuh je yang tinggal.mana lagi separuh sob sob.penat taip!mesti sebab buat tak endah dgn azan,tangguh kan solat sbb nk blogging je.jadi menimbulkan kemarahan yg maha esa.insaf insaf T_T

dua hari berturut2 aku keluar dgn een.een ialah kwan sepermainan mase sekolah menengah dulu.jodoh berkekalan sbb dapat matrik dan universiti yg sama.een sgt beruntung sbb berjodoh dgn aku! *winkk* aku pergi jalan tar hari khamis,mid valley hari jumaat.

kat mid,kami tgk cerita rapunzel.ya ampunn,sangat sweeeet dan memang kalau boleh tanak berganjak dari seat,nak suruh org tuh replay balek cerita tuh dari awal.rapunzel sgt cool compare dgn movie fairytale yg lain.tak percaya,tgk la sendiri.kalau tanak pegi panggung,bole tggu bbrapa tahun lagi.nanti kat astro channel disney mesti tayang punya lah.tak pun,time chrismast kee,kat tv2 atau tv3.tggu ye! :D

ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke panggung wayang.kali pertama aku tengok cerita ngangkung dgn abg aku,naim yg kacak.seriously,aku mmg tak de hati sgt pun nak kesana.tapi,lepas naim bgtahu ngangkung sgt best sampai ketawa tak boleh berhenti.jadi seperti biasa,aku mmg akn tepengaruh dgn cakap cakap abg ak yg sorang nh!bila aku tgk,ciss jenuh aku tggu scene mana satu yang boleh buat aku ketawa nih.sampai sudahh aku tak ketawa.cis cis cis.habes 18RM melayang di tiup angin and say bai bai.tiket dia,aku yg belanja!erm,tak pelah.aku bg jugaklah 3bintang ntok ngangkung sbb ia sarat dgn msg berguna.

memang jakun habes lah aku masuk panggung wayang.baru tahu,oo mcmnh ye cara nak beli tiket,oo bole tgk snarai movie yg ditayangkan kat situ,wah selesanya seat kat panggung wyg,amboi mahalnya tiket dan mcm2 lg.takpelah,mesti aku nampak mcm rapunzel.rapunzel pun jakun dpt pijak rumput,main kat sungai dan tgk burung terbang :DD

cukuplah dua kali aku tengok wayang.since aku nih bukan kaki movie,jadi aku tak heran sgt lah pasal nih.lagipun,mahaaaaaaaaaalnye tiket dia,amboi3,baik simpan ntok beli buku2 sem dua.cecey!melainkanlah ye,MELAINKAN ada org nak blnja tiket lepasnih atau ada cerita rapunzel episod dua :D no,i mean,ada movie cartoon disney yg best.kalau stakat nak tgk hantu kak limah balik rumah tuu,baik tggu raya taun depan or depan lagi org depan lagi dan lagi.mesti ada tayang kat tivi.kalau tayang kat astro,lagi laaaaaa.berlambak2 ulangan sampai muakk tau! :P

nampak mcm tak ilmiah entry aku kali nih.ciss!kejap,aku bukak buku baru beli smlam kat mph,nk tgk ape2 yg boleh dikongsi.

sabda nabi SAW yg bermaksud;

'Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging,bilamana dia baik,maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah,itu hati' :)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


nota kecil:kelas dah mula isnin nih!nervoussssssssss!

2 comments:

Ulfa Hisham. said...

nak tengok jugakk.
semua orang cakap best.
jeles teman.hihi :)

btw,moga semester baru ni lebih baik dari yg sebelumnya..

OREOO said...

upaaaa.
serius best.
cepat2 pegi tgk supaya takdelah jeles dah haha