Monday, October 18, 2010

hari ini hari isnin

tak engat exam dah bila tengok gambar dua makhluk nih >.<


AUMMMMCAKK!macam layan rifdi dengan nafiesah pulak *rinduu*

okay,kembali serious.

hari nih alhamdulillah,semua urusan jpa sudah selesai.kurang satu beban yang membebankan aku sebelum ini.abah lah lebih lebih rasa tidak terbeban dah lepas nih,anak bongsu dia dah dapat sumber lain untuk duit poket :D tak tau lah bila nak dapat.kalau dah dapat nanti,nak rasmikan duit tuh dengan belanja abah handphone baru,lepastu beli handphone baru aku pulak :P hihi.tak tak.nak belajar hidup besederhana.taknak mewah2.jadi guna jelah handphone calar balar,screen mcm nak retak,tempat memory card asik terbukak,program selalu stuck dan bila off,nak kena berjam dulu baru boleh on balek T_T

PENAT lah belajar.hari2 bukak buku yang sama dan mengadap muka surat yang sama.tak berganjak pun sebab tak faham2 dan 24jam blurr.bila dah rasa macam nak faham,bibir baru nak mula mengukir senyuman,hati dah berbunga2 dan kotak suara dah mula nak bersorak riang tiba2 bila try buat soalan,rasa macam kena kejutan elektrik bila jawapan aku tak sama dengan jawapan skema.aku pun mula lah,tangan meraba bukak tab baru,klik facebook toolbar,jalan2 pegi wall orang.mcm warden nak buat spot check kat zaman skolah dolu.

see?aku sudah pandai mengeluh.

pangggggg *tamparan berhikmah*

mari beristighfar bersama2!

kadang2 aku rasa belajar nih lagi susah daripada kerja sebagai petani dan tukang kebun.memang lah dorang kerja teruk2,penat gila.tapi at least badan sehat kan.berpeluh bagus untuk kesihatan.tapi kalau belajar teruk2,boleh jadi gila tau.yang skema2 dan nerd2 tuh,semuanya berpotensi jadi gila kalau tak pandai bahagi masa.aku lah salah seorangnya.ada dengar petani jadi gila sebab penat kerja?ada baca pasal tukang kebun jadi tak betul lepas seminggu kerja berkebun?ahaha.mesti takde.kalau ada,nak bukti!sebutkan sumber berita,tarikh,tempat kejadian dan nama penuh mangsa!

ya,sekali lagi aku menjadi orang2 yang tidak bersyukur.

dushhhhhhhh *kali nih kena tumbukan pulak sebab pipi dah merah kena tampar*

okay,mari beristighfar sekali lagi..

dah banyak web aku explore nak cari pasal organic chem.sebab aku masih tak dapat kata kuncinya.ada yang dapat kuncinya,tapi tak dapat mangga nya pulak.jadi,masih tak mencapai sasaran dan matlamat.

semalam ak like page organic chemistry kat facebook.aku pun luahkan lah perasaan aku habis habisan kat wall organic chem tersebut.tak lama lepastu kan,tiba2 aku dapat msg kat inbox fb.ada seorang lecturer dari university mana tah,dia volunteer nak tolong aku.bila macamnih kan,aku rasa macam sebakkk gila.aku dapat bayangkan,aku kat sini sedih,tak faham2 chemist nih.tapi aku tak givup.aku niat dalam hati mntak allah tolong aku,permudahkan urusan aku.then,tiba2 bila ada orang nak tolong,aku dpt rasakan,Allah lah yang gerakkan hati dia untuk send msg kat ak nak hulur bantuan.fuhh,sebak kan?

tapi,bila dia cuba explain,aku masih tak faham.hahaha.

akhir kata yang dia tules,

'I hope I have been helpful. Ask me if you do not get it.'

hehe.okay prof!thank youu :P

explore punya explore lagi,then akhirnya aku jumpa solution nya.rupa2nya ketetapan DIA untuk aku faham topic ntok sbjek chemist nih adalah di utube.hahaha.seronokkkkkk!tp mata dah berpinar 24jam ngadap laptop T_T

tetap sykur,alhamdulillah :)

jadual exam dah bubar,tahuuu?memang aku mula2 rasa macam nak terjun bangunan dan kat bawahnya ada tilam.bubar jadi lebih pack.satu hari tuh,exam dua subjek teras yg MASHA ALLAH SUSAH GILA.nak bagi cuti deepavali panjang2.tapi lepastuh tak jadi nak terjun bangunan sebab aku tahu nih susunan allah dan kena lah yakin susunan dia ada mesti diselitkan 1001 hikmah.jadi mari menjawab soalan dengan riang dan gembira!kita bagi can lah kaum india nak makan maruku banyak2 :D

gambar hiasan.penyejuk mata dan jiwa



nota kecil:apa yg dibelajar dari utube yang selama sejam itu lebih DIFAHAMI daripada belajar the whole week dalam lecture.sayaaaaaaaaaaaang utube ;p

No comments: