Friday, June 15, 2012

Da'wah

Aku tak tahu sangat pasal da'wah since tu bukan bidang aku. Maksud aku, aku takde menuntut ilmu secara mendalam dan khusus pasal da'wah. Mungkin orang yang berilmu lebih tahu dan apa yang aku nak luahkan nih mungkin betul mungkin salah. Sebab aku menulis atas dasar sedikit ilmu dan banyak atas pandangan sendiri.

Setengah orang atas dasar excited dan semangat nak berda'wah, dia terlepas pandang atas beberapa perkara. Pertama, tanpa dia sedari dia terlalu bersifat judgemental. Yang kedua, dia terlalu menekan dan menekan. Yang ketiga, dia terlupa dia berda'wah dengan manusia yang mana manusia tu ada hati dan perasaan. Yang keempat, dia terlalu bersifat perfectionist. Yang kelima, dia terlalu bangga dengan ilmu yang dia ada.

Okay sila baca dengan sekali nafas dan sekali lafaz sebab aku taip dengan sekali kudrat tanpa henti. Haha -.-

Lenkali ada masa aku huraikan setiap satu point yang aku ketengahkan sebab sekarang takde masa. Cuma lasttttt ak nak bagitahu. Dalam da'wah matlamat memang nak mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kita boleh gembira kalau orang yang kita da'wah kan tu berubah ke arah yang lebih baik atas kerana da'wah yang telah kita sampaikan. Tapi, kalau kerana da'wah kita, orang tu jadi lebih terdorong ke arah yang tidak baik kerana kita bersikap yang tak sepatutnya, adakah kita boleh berbangga dengan pencapaian da'wah yang telah kita lakukan? Da'wah macam seni. Perlu ada skill. Berda'wah dengan manusia yang ada banyak jenis ragam, tak sama macam berda'wah dengan mesin robot yang sesenang boleh diprogramkan. Perlu tahu pendekatan yang harus dilakukan pada setiap orang mungkin akan sedikit berbeza atas dasar berbeza latar belakang. Jangan mudah menghukum sebab kita memang tak layak untuk menghukum. Apa yang kita tengok  pada diri dia secara berdepan mungkin tak sama dengan diri dia bila di belakang kita. Atau apa yang kita tahu pasal dia, mungkin berbeza dengan apa yang Allah tahu. Jusssssssst, berhenti menghukum.

Semua ilmu dari Allah. Apa-apa ilmu yang baik yang baru kita peroleh then kita gunakan ilmu tersebut untuk membangga diri dan merendah-rendahkan orang lain, itu bukan ilmu namanya. At last, kita orang yang berilmu takde bezanya dengan orang yang tak berilmu. Begitu jugak dengan suasana dan tarbiyyah yang sedang dan telah kita lalui mungkin tak sama dengan orang yang kita ingin da'wahkan. Jadi, jangan expect too much pada orang lain atau mengharapkan dia akan terus hadam dan berubah. Keep supporting and be supportive.

Bila ada relate dengan hati, perasaan, jiwa sesama manusia, kita perlu consider benda penting ni dalam da'wah. Yang memegang hati manusia, yang berkuasa membolak-balik kan hati manusia tu ialah Allah. Kalau kite pom pang pom pang sound orang lain tapi kita tak berdoa dan mntak pada Allah ntok beri dia hidayah dan ksedaran takde gunanya. Mungkin ada guna jugak la tapi keihklasan kita boleh dipertikai.

Da'wah memang bukan benda mudah. Kalau mudah, sehari dua je Rasulullah boleh 'clean and clear' pemikiran dan akidah seluruh umat dia. Berda'wah lah dengan cara yang betul. Mungkin boleh re-check dan muhasabah balik. Aku bukan nak point kat sesiapa sebab kalau aku buat macamtu aku sendiri yang bersifat judgemental cuma aku tak setuju dengan sesetengah orang.

Untuk peringatkan diri sendiri jugak. Yang baik dari Allah dan bolelah diambil sebagai pengajaran dan yang buruk itu dari Allah juga tapi berlandaskan kelemahan diri sndiri.

No comments: