Thursday, May 24, 2012

Kehadapan Dekna dan Aaaaaajiem




Lab biochem yang kurang digemari dah habis miggu lepas. Pelik kan student majoring dlm biochem tapi kurang menggemari biochem. Biochem terlalu unik untuk dipelajari dan memerlukan penghayatan yang lebih untuk difahami. Lebih-lebih lagi kalau lab biochem. Sebelum buat eksperimen biochem jiwa dah mula berserabut sebab lab biochem melibatkan hati dan perasaan si pelaku eksperimen. Terlebih masa siket atau tak ikut suhu siket ia akan affect result eksperimen jadi kena repeat dari awal the whole eksperimen -.-


Dari awal-awal sem dulu aku selalu doa taknak dapat partner atau group dengan budak laki. Budak laki melayu. Kalau budak laki chinese boleh terima lagik Hahahaha diskriminasi? Problem? *muka troll* -.- Jadi yaaa, akhirnya sem ke empat baru dapat dengan budak laki iaitu ajiem. Dan sorang lagi dekna. Awal2 tu sedih betul, bukan sebab dapat dengan ajiem dan dekna, tp sebab terpisah lab dengan fatin intan dengan farah. Ape2 nak mrungut nak mengomel nak tanya sebab tak faham nak tanya siapa :( (gilaaaa tak independent aku ni) Lepastu ktoranglah the only group yg bertiga, group lain sume berempat. Sedih okay? Dah lah lab biochem banyak kerja dan memerlukan banyak kaki dan tangan, mana cukup bertigaaaaa *hempas diri atas katil sbb frust* Lagik tuh pulak dapat ajiem. Ajiem nih ntah macamana ntah orgnye. Ak xpernah rapat dengan dia pun. Aku tak pernah ada masalah personal dgn dia so bole la terima lagik. Tp ajiem slalu ponteng kelas. Kalau dia ponteng lab jugak mmg ak jumpa Dr Amir suruh pecat ajiem darik kmpulan ktorang Hahaha. Lepastu dekna pulak. Dekna aku baik je tapi takut nak keje dengan dekna. Dekna garang. Kalau salah siket kang haa cane? Mesti dekna marah :(


Dan itu adalah apa yang terkilas dalam fikiran lepas dapat kumpulan lab. Pejam celik, buat eksperimen, buat report, pejam celik balik, buat eksperimen lagik, buat report lagik dan tanpa sedar, lab dah habis! :O 


Hari terakhir lab tu, rasa macam gembira luaran, sedih dalaman. Terlalu banyak moment-moment untuk dikenang! Walaupun tak semua moment tu manis tapi percayalah moment-moment tulah yg boleh dijadikan bahan ketawa spuluh tahun akan datang :D


Ktorang group last dan meja ktorang berhadapan dengan meja lab assistants. Oleh sebab nih lah Kak Kiah dengan Kak Farah (yeke farah?) rapat dengan ktorang. Group lain takde pun tau :D Dan SETIAP kali eksperimen, group ktorang slalu salah buat. Banyak kali kena repeat buat balik semula. Dekna lah yg plg slalu buat muka lepastu ajiem lah yg plg cuak sbb bnyknye ajiem lah yang jadi punca. Aku cuak pun, cuak dalam je. Tanak tunjuk sgt Hahaha. Ada skali tu, alhamdulillah lepas amik pengajaran atas kesilapan mnggu lepasnya, ktorang buat dengan penuh berhati-hati dan sgt teliti. Namun, ku sangkakan panas hgga ke ptg rupanya hujan skali pakej dengan kilat dan guruh di tengah hari. Ajiem lah! Dia kacau solution apa tah sambil bangga puji kmpulan sndiri kat tehah. Lepas je situasi itu berlaku, terus ktorang silap dan kena buat balik! Lepastu blame ajiem sbb sape suruh dia riyak Hahaha. Aku dengan dekna pun pernah je buat silap. Tp kesilapan yang ajiem buat lebih kelakar dan indah ntok dikenang Hahaha -.- Btw, aku rasa siapa yang cekap kerja-kerja dekat dapur dia takkan ada masalah dengan kerja-kerja kat lab. Kerja dalam lab perlukan kecekapan, ketangkasan dan kemahiran berfikir yg kritis. Sebabtu aku slow siket -.-


Nak cakap tension nya lab biochem ntok group ktorang sampai dengan murahnya air mata aku mengalir tau Haha loser btul nak nangis-nangis. Mgkin sebab skali dah silap, lepastu dengan keazaman yg kuat nak buat elok2 ntok exprmnt mggu depannya then tetibe still salah buat dan gagal. OMG, HANYA ALLAH JE YG TAHU! Dan waktu tu, mmg mulut laju je mengomel depan Dr Sahidan Ahhhh tak suka biochem, tension lah cemnih. Naseb baik depan Dr Sahidan yg caring dan memahami tawww hihik. 


Kepentingan ajiem waktu lab plg terserlah ialah bila ada eksperimen yg main dengan alat atau boleh cakap, mesin lah. Ajiem plg mahir bab-bab nih dan ajiem kelihatan sangat berkeyakinan mengendalikan sebarang alat atau mesin Haha. Ak dengan dekna siket2 JIEM, KO LA BUAT. JIEM, CEPATLA BUAT. Nmpak mcm queen control siket sbab prempuan majority kan. Kena la take advantage siket :P Tp stelah diperhati, bukan bab2 mesin je. Bab buat graf pun salunye ak dengan dekna cakap JIEM BUAT GRAF NIH JAP JIEM, JIEM, KO TERER KAN BUAT GRAF? NAH BUAT NI. Hehe :b Waktu lab last pun, ajiem yg plg bnyak buat dan ktorang banyak jd tukang perhati je. Sbb kerja ajiem lebih teratur dan teliti dari ktorang :) *saje puji padahal membuli*


Baru cakap pasal waktu lab, belum cakap pasal report lagik. Report pun lebih kurang stress dia tapi ak rasa bersyukur siket sebab at least, ada senior pnya report sbgai reference. Stress buat report biochem punca utamanya sebab result ktorang yg ke laut. Jadi report pun akan ke laut. Ak dengan dekna pulak jenis tak pandai nak alter-later result nih. Tu yg bila berbincang dengan dekna, ktorang dua akan senyap dan memandang kertas result tu dengan pandangan yang kosong. Alhamdulillah dapat kengkawan yg baik hati pemurah dan tak berkira nak kasik tiru result. Thankyou nisah dan fatin yg banyak tlg :') Ak dengan dekna bertungkus lumus nak siapkan report punya pasal smpai bole kata tak tidur tapi tidur la jugak. Ha cane tu :P Kami stay up sesame sambil dengar lagu jiwang haritu sebab baru dapat berita kematian arwah Kak Hana. Engat tak lagi dekna? So, mood nak fengfeeling siket sbb sedih sgt masetu. Aku nangis smbil buat graph tanpa disedari dekna. Habes ada tompok2 air mata pada kertas graph :P Dekna pulak waktu nak tidur tak bole nak tidur sebab terengat pasal cerita tragis arwah kak hana yg ak ceritakan Hehe tetibe sedih pulak. Okay lupakan!  Kalau bab report nih, memang sebak siket nak cerita sebab kerja yang kmpulan lain buat empat orang, ktorang buat bertiga je. Kalau ktorang genius tak menjadi masalah sgt lah! Hahaha -.- 



Well, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun sangat mencabar dengan ujian cabaran dugaan onak dan duri :P Report last pun telah berjaya di hantar tadi :)


Kehadapan ajiem dan dekna,

Aku mintak maaf sebab tak dapat jadi groupmate lab yang terbaik ntok korang. Aku sedih tau bila dua-dua korang macam tak berbaik sebab perkara yang kecik tadi. Walaupun group kita slalu gagal dan ade masalah nak buat report bagaii bagi aku ada banyak hikmahnya tauuu. Lagikpun, bukan kita yang tentukan group nih, maksudnya Allah yg tentukan kita tiga org dalam satu group. Well, ketentuan Allah pastinya yang terbaik kann.  Ak enjoy kerja dengan korang yang memasing ada berbeza watak. Dekna yang cepat hot, ajiem yg suka mengusik dan aku yg slalu jd org tengah ntok meneutralkan keadaan *peace*. Kita sememangnya gabungan tiga orag biochemist yg plg serasi dan secocok Hahah. Ak suka tengok dekna mengamuk lepastu ajiem mengusik lepastu dekna ketawa lepastu aku ketawa lepastu sumorang ketawa :DD Theres no point pun nak salah faham selepas semuanya berakhir. Hidup terlalu pendek ntok bermasam muka dan nak heart-heart feeling. Okay dedua sila senyum sekarang jugak dan sila terharu atas usaha aku nak mendamaikan korang dua :P Smoga kesabaran yang dipupuk sepanjang beribu kegagalan yang dihadapi dapat menjadi kekuatan pada masa depan terutamanya bila bermain dengan pelbagai jenis solution yg pelik-pelik dalam kerjaya masa depan nanti, inshallah :)


Dekna, tak rasa ke sbb bermati-matian buat reportlah kita dua jadi makin repat? Dekna + Dekdek ;)

Ajiem, tak rasa ke nak belanja ktorang chicken chop lepas smua bnda dah settle dan ak berusaha buat entry nih ntok korang? ;)

5 comments:

Diana Aurora said...

mesti kau pun tak perasan waktu kita stay up bertungkus lumus buat report tu aku lari ke bilik nisa sekadar utk melepaskan tangisan yang dipendam sbb taknak nangis depan kau gara2 stress buat report . lalu pulang ke bilik semula dgn 2 bungkus biskut! hahahahhahaha. terima kasih zaidek :) terima kasih byk2.

allysyazmin said...

ttbe ak sebak bace entry nie..padahal xde kne mngena ngan ak dek..hahha..xpe zaidek..dlm bnyk2 kwn ak kagum ngan ko sbb dr mule ak knl ko n smp skunk ko owez bg ak smngt utk truskn..n klu ko perasan dimana de ko mst de ak..cnth kat matrik..pastue ukm plak..satu kos..best sgtt...:(

OREOO said...

Dekna dengan ezzah!
Mari siniiiii nak pelukkkkk!

allysyazmin said...

eyh2..pasal pa nk pelukkk??? zaidek..jodoh kite kuat..chemistry bnyk kowt sbb tue mane de ko de ak..hahaha..tp xsangke dr taayah smp skng..best..

OREOO said...

Nak peluk sebab malam nih mcm terharu siket hehe. Kite mmg ada ikatan kimia yg kuat zah. Nti ko keje kat memana ko tggu la, ak akan menyusul :p