Monday, September 26, 2011

Miss you miss youuu!


Bangun2 pagi, awan masih gelap. Ambil wudhuk, solat sunat tiga rangkaian ; tahajjud hajat taubat.
Kaki ke dapur, dengan gaya matang bertanya 'Nak masak apa pagi nih?' Sambil menunggu jawapan, automatik tangan ligat mengupas bawang kerana ini memang kerja standard budak2 beginner dlm arena masakan. Makan sekadar perlu. Ambil wudhuk dan ke tikar sejadah semula. 'Usolli fardhas subhi, rakataini adaan lillahitaala. Sementara tunggu awan cerah, mathurat dibaca dan kadangkala disambung dengan bacaan quran.

Hujung minggu, di meja makan tika sahur, ayat common abah ; 'Pagi nih ada kuliah subuh Ustaz Eddy kat masjid.' Dan ia bergilir2 dengan Ustaz Zaki, Ustaz Amin dan yang lain setiap minggu. Selalunya, akulah jadi pembonceng setia abah. Duduk atas motor pagi2 sambil tengok bulan bintang. Mata membulat kerana disapa dingin subuh yang menyegarkan!

Pulang ke rumah. TV dipasang dan tiada siaran lain dibenarkan dibuka oleh abah melainkan TV9 Dekat Di Hati bersama Tanyalahhh Ustazzz. Abah di kerusi urut. Mak dan aku terbaring di carpet. Ataupun sofa. Tengoklah, siapa cepat dia dapat sofa. Siapa lambat dia dapat carpet jelah. Tapi jangan risau, isu ini tidak menjadi isu dan tidak pernah dipanjangkan. Menonton Tanyalah Ustaz sehingga tidak sedar awan semakin cerah. Yaaa, ketiga2 kami tidak sedar kerana pada akhir rancangan, Ustaz yang menonton kami.

Solat dhuha jarang2 culas. Solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu jarang2 diringankan. Solat fardhu apatah lagi. Muazzin baru testing2 microphone, kaki sudah ke bilik air untuk memperbaharui wudhuk. Amalan membaca quran sangat galak dilakukan. Minat dan semangat membaca quran membuak2 tanpa sesiapa yang memaksa. Deactivate akaun facebook dirasakan bukanlah satu cabaran yang hebat. Hidup tanpa facebook adalah satu kebiasaan sama seperti zaman sebelum munculnya facebook, zaman Mark Zuckerberg mengirim surat cinta letak bedak dalam sampul kerana tiada jalan singkat yang lain spert hari ini.

Setengah jam sebelum masuk maghrib, abah melaungkan SIAPPP SIAPPP SIAPPPP. Aku masuk bilik air belakang, mak masuk bilik air depan. Kami keluar bergerak ke dalam kereta setelah menyarungkan telekung. Di dalam kereta, dalam perjalanan ke masjid, tangan menadah memohon doa. Waktu ketika itu adalah salah satu waktu mustajab berdoa.

Sesampai di masjid, solat sunat tahyatul masjid dilaksanakan. Orang lelaki di luar sedang baca tahlil. Orang prempuan di dalam semua khusuk menambah amalan masing2. Waktu2 puncak, semua orang kerap mengalihkan mata ke arah jam di dinding masjid. 'Oke, dah time!' Bergerak ke atas meja hidangan. Menelan kurma sebiji dua, air berwarna dan sedikit bubur bagi kes yang terlalu lapar atau tak larat atau hypo atau nak pitam atau nak pengsan. Bergerak semula ke dalam masjid bersama makcik peah and the geng!

Selesai solat magrib berjemaah, barulah masa untuk makan makanan moreh. Masing2 membawa makanan tambahan jugak! Saling bertukar2 makanan dan saling merasa. Sedap bukan kepalang! Meyambung membaca quran dan bersedia menunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah.

Bukan terus langsung tinggalkan benda2 tak bermanfaat dan tak berfaedah, tapi kurangla. Daripada sebelumnya. Dan kalau terbuat, cepat rasa bersalah. Cepat rasa menyesal. Cepat nak beristighfar. Tidur juga bukan seperti tidur biasa. Terasa tidur yang dirahmati dan diberkati kerana di dahulukan dengan bacaan quran sehelai dua muka surat.

Tak percaya aku segigih itu! Tak percaya aku sekuat itu! -.-

Namunn, tak terasa letih dan janggal semua tuh dilakukan kann sebab semua orang jugak berlumba2 menambah bekalan masing2 memandangkan banyakkk ganjaran bonus yang Allah tawarkan. Suasana penuh islamik. Status2 di facebook, tweet2 di twitter dan tajuk2 entry di blog semuanya tak pernah kalah untuk saling berpesan2 dan mengingatkan tak kira lah dia tu tak pernah solat atau aurat tak pernah nak lengkap sekalipun. Seperti setiap orang dimasuki satu roh yang luar biasaaa. Serious aku rindu suasana macemtu! :'(

Mudah2an kita dikuatkan hati dan iman dalam perjalanan menggapai redha Nya dengan bekalan kekuatan dan latihan dalam tarbiyyah ramadhan. Allahumma balighna ramadhan, Allahumma balighna ramadhan, Allahumma balighna ramadhan..

Hey Ramadhan, Miss youu! =)