Wednesday, August 10, 2011

Kahwin-nafsu-puasa


Assalamualaikum :)

Aku baru faham satu ilmu. Baru faham walaupun ilmu tu dah lama tahu.

Selalu kann kita dengar, orang cakap-cakap suruh kawen kalau tak boleh tahan nafsu dan setelah cukup syarat. Kalau tak boleh tahan nafsu dan masih tak cukup syarat nak kawen, maka golongan ini digalakkan untuk berpuasa.

Aku tak boleh serap sangat nak relate puasa dengan tahan nafsu nak kahwin sebelum nih. Aku cuma tahu secara umum dan takde kemahuan nak memahami. Mungkin sebab definisi puasa aku dari kecik lebih kepada tak makan dan tak minum sahaja. Teruk kan? -.-

Besar hikmahnya cuti sepanjang bulan ramadhan nih. Banyak ilmu bole digali disebabkan banyaknya masa yang lapang dan terluang :D

Okeee, apa yang boleh di-relate kan disini. Puasa adalah menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa untuk satu jangka masa. Kalau kita tengok perkara2 yang membatalkan puasa yang selalu ustaz ustazah listkan adalah perkara-perkara yang 'halal'. Meaning, kita dilarang makan dan minum sedangkan makan dan minum pada asalnya adalah perkara yang halal. Jadi, sepanjang bulan ramadhan pada siang harinya, kita diberi pilihan untuk membuat perkara yang lazim kita lakukakn pada bulan lain atau tidak melakukannya.

Dalam ketika syaitan digari dan dikurung dalam bulan ramadhan ini, diri kita akan bertarung dengan nafsu semata2. Dalam ayat kanak2 nya, nafsu menyebelahi pihak jahat dan diri kita menyebelahi pihak baik. Kenapa baik? Sebab fitrah manusia yang Allah letakkan pada diri masing2 adalah perkara2 baik atau kata nama lainnya perkara2 mahmudah. Kembali kpd cerita asal, apabila kita memilih untuk tidak melakukan perkara2 yang tidak membatalkan puasa, bermakna kita telah mengalahkan nafsu. Ini bermakna kita telah melatih diri kita untuk tidak mendengar kata2 nafsu! Yeayy :D

Apabila sebulan dilatih menolak melakukakan perkara2 yang 'halal' demi mencari redha Allah, sedikit sebanyak ia membina kekuatan untuk katakan TIDAK kepada perkara2 yang sememangnya jelas lagi nyata haram di sisi agama :D

Menyentuh isu tahan nafsu nak kawen dengan puasa semula, apa yang bole disimpulkan, yessss, puasa dapat mengelakkan atau mengurangkan kadar kecenderungan untuk berlakunya zina yang berpunca daripada sang nafsu itu sndiri.

Oke, dah boleh relate tahan nafsu nak kawen dengan puasa! :D Engat ye, puasa bukan semata2 membincangkan perihal nafsu makan dan minum ;D Luaskan skop dan definisi nafsu untuk lebih memehami!

Time kaseh coursemate. Lebih faham lepas baca entry anda! Hehe.

*Mungkin ramai dah faham dan aku baru nak faham dengan lebih mendalam. Sekadar berkongsi :D

Selamat mengawal nafsu!

1 comment:

ahmedsyahmi said...

puasa sunat itu sunnah rasulullah,
kahwin juga sunnah rasulullah,
kahwin dpt kwl nafsu,
jika belom berkahwin,better puasa supaya nafsu dpt dikawal... ramadhan kareem :D