Salahkah saya ingin mencintai dan dicintai?
Cinta itu tak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kalau nak bercinta biarlah syara', di atas landasan Allah. Kerana cinta itu sering melalaikan manusia daripada mengingati Allah sehingga kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia melupakan batasan2 pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah.
Manusia sendirilah yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci.

-Seindah Mawar Berduri by Fatimah Syarha
Bila kita dikelilingi kawan2 yang hampir semuaaaaaaaaanya sudah berpunya dan ber-sweet sini sana, kadang-kadang tergugat jugak hati aku nih. Hahah. Tapi mak ada cakap, bukan mak je cakap, semua orang pun cakap mcamtu ; ini naluri biasa yang Allah letakkan dalam setiap orang tapi lebih sinonim dengan manusia yang dilabel sebagai remaja. Makanya, aku normal lah! Hahah.
Tapi pada usia remaja macam sekarang adalah lebih istimewa dan lebih beruntung kalau kita gunakan masa nih dengan perkara yang Allah redha dan Allah suka, kan? Bosanlah kalau nak taubat, tunggu bila dah tua je macam orang lain selalu buat. Memang lah pahit sebab syurga itu manis :)
Dan bukankah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di Padang Mahsyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan Allah ialah remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
Kita jugak akan ditanya dengan empat soalan saringan sebelum dibangkitkan menuju ke padang mahsyar dan salah satunya ialah mengenai apa yang telah kita lakukan dan habeskan dengan umur yang Allah berikan.
Maka nya, bersabarlah banyak-banyak dan bermujahadah lah wahai Nurul Zahidah ;)
No comments:
Post a Comment