Niat atau sifat ikhlas terbahagi kepada dua cabang unsur. Cabang pertama ialah unsur dalaman dan cabang kedua ialah unsur luaran. Unsur dalaman adalah gerak hati manakala unsur luaran ialah gerak anggota.
Gerak hati membawa maksud stiap aktiviti, amalan serta gerak laku yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah dan bukan kerana sebab atau faktor yang lain sebagai contoh mencari nama, harta benda, pangkat kedudukan atau apa jua bentuk habuan duniawi.
Gerak anggota pula melakukan sesuatu amalan, aktiviti atau perbuatan berdasarkan kaedah atau cara yang disyariatkan oleh Islam sebagaimana tekandung dalam ayat-ayat cinta dari Allah dan al-Sunnah.
Makna kata;
Jika seseorang ikhlas tetapi tidak didasarkan kpd syariat Allah, apatah lagi sekiranya bertentangan dengannya, maka keseluruhan amalan tersebut tertolak dan tidak diterima oleh Allah.
Manakala, jika amalan perbuatan bertepatan dengan syariat Allah tetapi hatinya tidak ikhlas, maka amalan perbuatan tersebut juga akan tertolak.
Adakah kita tergolong dalam kedua-dua situasi di atas? Ataupun salah satu daripadanya? Perlu kita ingat, niat tidak menghalalkan cara :)
Mari muhasabah dan membaiki kualiti amalan kita ! :)
Semoga Allah permudahkan menjawab paper Titas pada besok hari especially kpada kawan2 Biochemist :D
*Aku rasa macam _____ Macam ______ Macam _____ dengan peristiwa semalam. Minta maaf pada yang rasa tak sepatutnya aku buat 'macamtu' semalam. Kadang-kadang kita lupa kita sentiasa diperhatikan kerana kita bawak nama Islam dan kita adalah duta dan contoh untuk agama Allah nihh. Terima kasih atas teguran dan Iallah akan lebih berhati2 lepasnih. Sekali lagi mnta maaf atas ketidak matangan diri ^^
No comments:
Post a Comment