Sunday, March 27, 2011

Senyap saya beerti


Seronoknya kalau cinta Allah menebal dalam diri. Kan? Kita akan terdorong untuk buat segalanya dengan cinta Allah. Mu'ayasyah dengan cinta Allah. Hidup dengan cinta Allah. Bila ada rasa berat ataupun malas, cinta Allah tu akan dorong kita. Bila rasa susah sangat nak jauhkan diri dari maksiat, cinta Allah tulah yang jadi energi dan motivasi untuk istiqamah. Bila rasa diri tak yakin, cinta Allah tulah yang akan kata, "Takpa. Allah ada. Go on! Move!" Bila rasa tak sabar, bila rasa stress, bila rasa sendirian, bila rasa sunyi, bila rasa geram.. dan grrrr nak marah! Cinta Allah tulah akan jadi booster, savior.

Kita marah pun kerana Allah. Kita geram pun kerana Allah. Kita sayang, benci, cinta, belajar, fikir, sedih, dan semuanyalah..kerana Allah! Memang terbaiklah kalau dapat jadi orang yang macam ini.

Dan, seronoknya bila hati boleh selalu fikir yang kita sebenarnya ada tempat untuk bermanja, meluah kasih, mengadu, mengharap, meminta. Nikmat betul rasa itu. Doa bukan kena formal, dan tak semestinya kena angkat dan tadah tangan. Paling penting, Dia paling faham semuanya! Dia paling tahu keinginan hati. Dia paling dekat. Hahhhh... Dialah segalanya!

Kalau buat salah, dan kita bertaubat, Dia ampunkan. Kalau kita meminta dengan sungguh-sungguh, Dia akan bagi. Kalau kita resah gelisah, Dia akan tenangkan. Kan? Tapi, kenapa selalu lupa? Kenapa nak jugak hilangkan tension dengan benda yang tak sepatutnya? Kenapa nak mengadu, merintih, menjerit, pada yang tak sepatutnya? Kenapa nak larikan diri dari Dia? Kenapa sombong taknak sujud? Kenapa nak berpaling dan cari yang bukan kekal pun?

Hmmm.

That's why, rasa nak sangat cinta Allah tu diam-diam dalam hati.
Tak lari lagi.
Tak tercicir lagi.

Malah, kalau boleh nak sangat bertambah-tambah lagi.
Hmmm.

Tapi, tahu. Itu memang susah dan sukar sekali.
Tapi, tak mustahil kan?


-by : Sist Umairah.


i'm touched! :')

Saya busy untuk membuat persediaan keluar masuk medan perang sebanyak lapan kali menjelang 12 april sehingga 29april. Senyap tak beerti tiada. Semoga senyap saya dari dunia blog nih jugak salah satu ibadah dan penambah pahala ^^ take care and Assalamualaikum :)

No comments: