Thursday, March 10, 2011

cinta dalam diammm.


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam.. kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya… kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.. kerana diammu… itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu.. kerana diammu… itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya.. kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu… ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan… tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah sahabat… kerana dalam diammu tersimpan kekuatan.. kekuatan harapan…hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata… bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya? dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam… kerana… jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu… biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu… kerana yakinlah… Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. bersabarlah dalam diammu… by nadiatul husna hihi ♥

ia sweeeeeeeeeeeet dan aku terharu baca! :'D

4 comments:

Anonymous said...

saya suka entry nih....

milah said...

btul2. . sgt sweeeet ! :D

azizul hakim said...

suke gak

Imah Rosse said...

info:klu ssorng mati sedng kita menhn rindu dan cinta dan orng yang kita cinta tu tidk tahu, mati itu adlh syhid..kata ssorg yg dipercyi..