muallimah nafiesah
tanyakan pada diri.
'DI MANA ALLAH DI HATIKU?'
Jom bersihkan hati ♥
entry ini aku tujukan ntok anak2 buah aku. kiranya, skrip ntok aku nak buat 'bedtime story' ntok dorang bila dah faham bahasa siket heheh.
are you ready for the story, kidssss?
Ustaz pesan, sekali kita buat benda yang Allah tak suka, setiap kali tuh lah tmpok hitam bertambah pada hati kita. Bila ada banyaaaaaaaaak3 tompok hitam, hati kita dah tak berfungsi dan hati akan mati. selalulah service hati sebab hati adalah Raja dalam diri kita. Bila hati kita baik, automatic luaran kita jugak baik. Bila hati kita tak baik, hati kita rosak, hati kita busuk, maka luaran kita jadi teruklah. Semuanya serba tak kena.
Susah kan jadi budak baik? jadi gadis solehah. jadi hamba yang Allah sayang. jadi Khalifah yang Allah cinta.
Memangggg lah susahhhh. Tahu tak sebab apa?
Sebaaaaaaab benda yang berharga dan bernilai memang susah nak dapat tauu. antara kaca dengan permata. mana lagi bernilai dan mahal? mana lagi susah nak dapat? mcmtuhlah jugak syurga. bukan senang2 nak dapat syurga. bukan mudah2 nak sampai ke syurga.
Untuk menikmati kemanisan, kena merasa dulu kepahitannya!
Sebab tuh orang yang hatinya baik, luaran nya baik. Allah uji macam2. Allah nak tengok betul ke dia bersungguh-sungguh nak ke syurga. syurga bukan tempat untuk calang2 orang tauu! syurga tuu indaaaaaaahh sangatt. apa saja gambaran syurga dalam kepala kamu, hakikatnya, syurga itu jauuuuuuuuuh lebih indah dan mendamaikan :) dapat bayangkan tak? tak tak, kamu tetap tak dapat bayangkan sepenuhnya sebab kamu tak pernah sampai ke syurga lagi hahah :D
apa? kamu dah buat banyak dosa? kamu dah buat banyak maksiat? kamu dah banyak kali taubat dan banyak kali juga memungkiri janji mu dengan mengulangi dosa yang sama? jadi kamu dah berptus asa dan berputus harap dengan Allah?
Sayangku, ketahuilah Allah itu maha penyayang. Allah takkan jemu dengan kita selagi kita tak jemu dengan Allah. Allah menilai effort dan bukan effect. jangan mudah putus asa! selagi masih punya nyawa, selagi itu masih punya kesempatan ntok bertaubat. Allah kan baikk. jangan risau oke! :)
Kita duduk kat dunia nih, bukan untuk disiksa tapi untuk dididik! bukalah hati untuk menerima teguran orang lain. jangan mudah marah dan melatah,kadangkala Allah lah yang mengutus si penegur kepada kamu kerana Allah sayangkan kamu. Allah taknak kamu berjalan jauhh melencong daripada jalan yang sepatutnya kamu berjalan.
Isilah hidup kamu dengan selalu melakukan kebaikan. apa itu kebaikan? kebaikan tuuu maksudnya kita memudahkan jalan orang lain. bila kita mudahkan jalan orang lain, nanti Allah pulak akan memudahkan jalan kitaa. sronok tak? :D
dah tidur anak2 buahku?
hati-hati menjaga hati *sambil membisik ke telinga mreka*
Rindunya kat rifdi, diena dengan picah! Doakan acu yang sedang berjihad di sini B)
1 comment:
nafiesah sgt comelllllll!!!!!:D
just bleh tgok di alam maya.....=(
mg jd kbanggaan parent ya nafiesah!!!!
yg rifdi dan rusydiena buat muka ketat....hehe....
rusydiena harusss bljr cara make-up dgn acu!!!!
Post a Comment