Friday, February 18, 2011

obat hati ada lima perkara!


assalamualaikum dan selamat malam bulan mengambang :D

sekarang dah boleh tarik nafas panjang2 lega2 tanpa tersekat2 macam pengidap pnyakit asthma tu :D dalam masa seminggu je banyak benda yang dah settle dan of course lah aku rasa bersyukur gila gila gila yang tidak terhingga,alhamdulillah.nak tidur pun tak payah nak kerut2 kening jantung berdegup2 sebab fikirkan masalah yang tak settle2 lagi dan sibuk menyusun masa untuk hari esoknya!

hakera dan tiga paper midsem dah berakhir!baru ada masa nak exercise jari menaip entry buat blog low profile kesayangan aku nih ;)

tadi aku incharge untuk program bicara siswi.program setiap hari jumaat peringkat kolej yang dihadiri siswi2 shja.siswa2 smua ada kat masjid untuk berjemaah solat jumaat :D

untuk turn aku kali nih,aku kena conduct ceramah.jadi sebagai jalan mudah,aku jemput senior third year sebagai penceramahnya.kalau jemput lecturer atau ustazah mana2,banyak pulak procedurenya nanti :P

dengan tajuk 'kematian' yang aku pileh,alhamdulillah aku rasa so far,orang2 yang datang tadi dapat banyak input sebab smua muka macam fokus dan serious je memandang dan mendengar isi2 penceramah.yelah,mati itu pasti malah pastinya kita untuk mati adalah lebih pasti daripada kepastian untuk kita menjadi seorang graduan universiti,seorang isteri dan seorang kakitangan kerajaan!jadi,siapa yang tak takut mati,kan?!

sebab tuu laa,dah pesan dahh,jangan sebuk dan excited sgt nak kawen la itu la ini la,bukannya tentu kita sempat merasa semua2 tuu.jadi,kenalah jadi seorang yang cool dan jgn over confident sgt hihi :)

sebelum ceramah berakhir,penceramah tuh nyanyi satu petikan lagu.petikan ke nak cakap?haa petikan lah kot.atau sebahagian lagu?err apa2lah!tapi kan,serious aku touchinggg.bukan nak kata suara dia sedap ke apa ke,tapi hati tuh memang tersentuh lah!aku tengok kiri kanan,aku teliti pasang2 mata kat sekeliling aku,ada yang touching mcm aku tak,sampai air mata bergenang ke atau sampai mengalirkan air mata ke kan.tapi mreka tetap dgn muka yg fokus dan serious hahah.mungkin aku je yg kaki touching nih ;p

kukongsikan video lagu yang dimaksudkan supaya kita smua dapat touching bersama2 :D

aku bagi link jelah ya sebab ada masalah siket muehehe.tekan SINI untuk tonton dan dengar :)

bila aku cakap kat sahabat yang aku tersentuh bila penceramah tu nyanyi lagu nih,sahabat aku kata,ini lah keistimewaan bila orang yang nyanyi sesuatu lagu dari hati.ikhlas dari hati :)

mari rawat hati! :)

1 comment:

kyo_9 said...

opick?
kumpulan nasyid jawa??
awat video dia group raihan??
usha komen2 dalam video nih sumer puji.. sayang aa ak x paham~ -_-"