stress2,tgk anak buah lupa terus yang aku sedang stress.rindu :)
assalamualaikum :D
penatnya minggu nih tak tertahan rasanya.selasa hari tu kelas ada tiga je tapi direct dari pagi sampai petang.aku pun tak tahu kenapa bila duduk U nih rasa double letih walaupun bukan hari2 kelas dari pagi sampai petang mcam zaman matrik.tapi time matrik tu,rasa cool dan macho je sepanjang hari.tak mcm skarang,ptg2 tuh aku rasa macam aku comot gila,kalah rifdi T.T
nak jugak cerita kat blog pasal apa yang dah berlaku hari selasa hari tuh sebab nak tggu cik awal nih onlinee serentak dgn aku,memang payah lah!skarang masing2 dah busy dgn assignment yang mula nak menampakkan taringnya untuk menjadi menimbun2 setimbun kain baju yang dilonggokkan tanpa dilipat selama setahun T.T jadi,salah satu alternatif adalah bercerita kepada sang belog dan sang belog akan menyampaikan crita ini kepada cik awal.
aku tak tahu kenapa masa makmal mikrokomputer demonstrator nya ditukar kepada org lain.sebelum nih dua orang kakak yg sgt cool dan baik tp hari tu seorang kakak yang sgt garang menyinga yang ganti.sudahlah komputer aku buat hal dan aku terpaksa berpindah tempat ke komputer lain yang terletak di belakangggggg skali,memang ye lah aku brada di zon 24jam diperhati oleh kakak garang :( aku hilang fokus dan sepanjang kelas aku cuak cuak ayam.aku tak selesa kalau org lain tgk aku buat kerja.aku hilang gaya,gaya aku hilang :B dan finally kecuakan kehilang fokusan dan kehilang gayaan aku sampai ke puncak bila kakak garang tuh tgur kerja aku salah dan dia panggil aku 'joyah' pulak.pagi yang meng-down-kan :( zahidah mcam joyah!T.T
beralih pula ke kelas bi!kumpulan aku kena present dan berita paling buruk adalah aku langsung ta bersedia!aku rasa aku memang gila la bajet anak omputeh lah tu kan tanak brsedia bagai.ceh!malam sebelumnya aku hanya melayan nafsu tidur dan pagi tuh jugak lah aku kelam kabut nak cari artikel apa yang nak dikupas,baca artikel,fahamkan,print out dan mula nak menghafal.org lain punyalah panjang nota nya,aku punya amboi hebat sungguh lah sbb aku punya nota hanya dua helai krtas memo pad yg kecik tuh :( masa presentation lagi lah lawak,bila bertentang mata dengan lecturer,aku trus blurr 100% smpai aku stop dan pass kan pada org strusnya suruh present dulu.malunya :'( zahidah nih,suka sgt memalukan diri! T.T
petang tuh,lab biodiversity naseb baik sgt sronok tp tak brapa nak enjoy sgt sbb aku letih gila!aku rasa mcm aku dah comot mcm budak tadika dah time tu.aku bergerak dari microscope ke microscope,dari meja ke meja,dari satu spesis ke satu spesis dan fokus lukis sgala bnda yang aku nampak tapi tetap tak siap lukis.zahidah sgt lembab mcm siput sedut T.T
malam tuh meeting siswi pulak T.T
habes hari selasa,hari rabu pulakkkkkkkk.
hari rabu lagi killer memang semua subjek ada dari pagi sampai petang.aku rasa macam nak pitam je haa.
aku tak tahu nak cerita apa yang aku belajar sepanjang hari rabu nih sebab setiap kelas aku tidur.tragis tak?sob sob.zahidah sgt teruk! T.T
malam tadi aku busy buat proposal titas pulak,esok nak hantar.haish dari tadika smpai dah masuk u,tak habes2 buat kerja last minute.zahidah tak pernah nak brubah! T.T
midsem exam berderet lepas bukak cuti.dah lah sibuk dgn program HAKERA lagi.memang best lah duduk U.rasa mcm jadi wanita korporat je.
dah habes crita untuk dua hari yang menyiksakan.
aku tak fikir apa dah,aku fikir RUMAH je skarang nih *rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah rumah*
tiket aku adalah pada jam8stgh malam,28januari,hari jumaat,dari hentian kajang ke sitiawan dan yang paling penting nak beritahu,aku balek SORANG SORANG,aku ulang lagi,SORANG SORANG ya!zahidah seorang yg berdikari :D
okayyy mntak maaf.tiada manfaat berguna dlm entry kali nih T.T
tiket aku adalah pada jam8stgh malam,28januari,hari jumaat,dari hentian kajang ke sitiawan dan yang paling penting nak beritahu,aku balek SORANG SORANG,aku ulang lagi,SORANG SORANG ya!zahidah seorang yg berdikari :D
okayyy mntak maaf.tiada manfaat berguna dlm entry kali nih T.T
1 comment:
jutaan terima kasih pd sang blog yg sgt membantu as a medium of communication..rase uum ada kat depan ukm je :)
minggu nh stressful week ya..owhh same with me, balik kelas kepala berdenyut2 pening..
mlm tidoq pon xlena :(
paling best aku kene blaja account..berpinar2 mata bile tgk no, nk kira pon lambat gilaa tekan calculator T.T
btw, nh proses blaja, like it or not we must face..aja2 fighting acu zaidekkk..later we will know what the hikmah behind what we have done <3
Post a Comment