Tuesday, June 5, 2012

#Random Entry 4

Assalamualaikum

Macam biasa, kerja aku memang suka stalk blog ke facebook ke twitter orang yang dah meninggal. Alhamdulillah, aku rasa tak kira macamana pun keadaan dia meninggal, baik atau buruk wallahua'alam tapi inshallah pemergian arwah-arwah yang telah ak stalk nih sedikit sebanyak membawa rahmat buat kita semua dan terutamanya diri aku sendiri lah. Baru semalam jadi trending pasal arwah #YasminHunwick kat twitter. Tah sape2 ak pun tak tahu dan lepas stalk blog dia, rasa macam arwah nih kenalan rapat sesama kita pulak. 


Semalam kalau nak tahu memang aku tak productive langsung. Ada masalah kecil lepastu memang takde kerja baca entry blog arwah dari zaman awal2 dia berblog sampai last entry iaitu dua hari sebelum arwah meninggal tak silap. Sedih baca satu entry tu, waktu tu area April kotttt, dia cerita selalu dapat mimpi buruk. Dan kat twitter pun heboh pasal gambar buku yang arwah upload tajuk 'Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur' beberapa minggu sebelum arwah meninggal. Kat sini inshallah, kita boleh bersangka baik, arwah mungkin telah membuat sedikit sebanyak persiapan sebelum dia pulang ke rahmatullah. Mudah-mudahan Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang dicintaiNya :)


Mungkin aku banyak fikir pasal arwah, pasal kisah-kisah yang aku dengar pasal arwah sampai aku sedih dan takut dengan nasib aku nanti. Lepas asar tadi, aku bukak tafsir dan aku terbaca pasal azab-azab kat neraka Allah. Lain daripada hari-hari biasa, kali nih hati aku tersentuh sangat. Lagi-lagi ada lagu fatamorgana - Hijjaz yang aku pasang jadi background music. Hati bertambah sayu. Serious aku sangat takut :( Siapa yang nak masuk neraka cuba cakap? Lepastu aku rasa macam Ya Allah macamana nak hidup secara innocent dalam dunia yang gila mencabar nih? Dalam dunia yang tidak dapat tidak, depan belakang mata semua suasana yang ada potensi yang menggalakkan kita buat dosa. Lepastu bila kenang balik sedikit masa ke belakang, aku rasa aku sangat pendosa yang tegar. Aku takut sangat. Lepastu fikir masa depan yang aku sendiri tak tahu apa yang bakal aku lalui. Aku tambah takut.


Aku tak tahu nak describe macamana lagik. Tak tahu nak guna ayat ape. Aku sedih :( Aku tahu Allah faham perasaan aku sekarang. Aku harap Allah sentiasa letak aku dekat dengan Dia walau apa pun yang berlaku. Walaupun sekali sekala nanti aku tahu aku akan leka lalai dan akan lupa Dia sebab aku sedar iman aku lemah. Aku harap Allah akan hantar orang-orang yang sentiasa ingatkan aku bila aku makin menjauh dari jalan Allah. Aku harap Allah sentiasa gerakkan hati aku untuk tak buat perkara yang Allah akan murka. Aku harap aku termasuk dalam keadaan orang-orang yang sangat beruntung, yang mati dalam keadaan iman sedang naik memuncak, husnulkhatimah. Allah, berilah aku kekuatan :(


Aku yakin Allah dengar apa yang aku nak cakap, aku yakin Allah tahu apa yang sedang ak buat dan aku yakin Allah sangat penyanyang. Sayang Allah bukan macam sayang hamba kepada hamba. Sayang Allah lebih daripada apa yang kita fikirkan sebab Allah Maha Penyayang.

3 comments:

allysyazmin said...

bace entry ko pown da wat ak ase insaf..huhu..zaidek nk link blognye,,nk bace jgk..

Anonymous said...

nak jugak link blog.
sedihlah. moga kita mati dlm husnulkhatimah.

shalina bt abdul manap said...

thanks zahidah, sbb awak sy taw cerita pasal dia meninggal. Mmg terkesan di jiwa