Monday, June 11, 2012

#NoteToSelf


Hai tadi exam kaedah pemisahan. Sedih rasenye apa yang kita berusaha stdy dan baca, lain daripada apa yang keluar. Tambah sedih lagi kalau soalan tu soalan tutorial yang lecturer penah bagi lepastu kita ambil terlalu enteng dan belagak tanak baca. Baca pun sepuluh minit sebelum masuk exam hall. Bertambah-tambah sedih lagi bila lepas habes exam sumorang gembira sebab of course la sumorang dapat jawab, soalan tutorial beb, dan kamu? Kamu je tangan kaku tak reti nak jawab, at least org lain tangan kaku sebab exam hall sejuk sangat.


Setiap orang Allah uji dengan berbeza-beza jenis ujian. Ada orang yang jenis Allah uji guna duit, selalu takde duit nak makan, banyak berhutang dan sbagainya. Ada orang Allah uji dengan hati dan perasaan. Allah tetapkan ada lelaki handsome tapi agama kureng mengorat kite, Allah nak tengok respon kite cemane. Lepastu Allah uji macamana kita nak bertindak kalau teman lelaki kite ajak kawin lari kat siam dan tinggalkan mak abah. Orang yang ditimpa-timpa ujian hati dan perasaan nih mesti lebih common dan familiar sebab banyak highlight dekat filem dan drama melayu hua hua tapi kita tak sedar kan sebenarnya tu adalah salah satu ujian. Yelah tu pun ujian ntok certain-certain orang je manakala certain-certain orang yang lain Allah tak uji macamtu, tu yang kita tengok senang-senang je dia dapat jdoh dan kawin tanpa ada sebarang aral dan ujian macam yang disebutkan tadi hehe. (kenapa bab hati dan perasaan je akan dihurai dengan lebih panjang daripada yang lain?) Kadang-kadang tu lagi, ada orang yang Allah uji dengan pangkat. Waktu dia jadi orang bawah, dia banyak membebel tak puas hati pasal orang atas lepastu Allah bagi naik pangkat, Allah nak tengok macamana diri dia kalau jadi orang atas.


 Dan banyak lagi sebenarnya.


Untuk aku, Allah uji banyak dari segi exam, pelajaran bla bla nih. Dah tiga sem rasanya result aku macam flat je :( Sedih. Kadang-kadang bila tengok balik, orang lain berusaha, aku pun berusaha jugak. Orang lain ada part yang tak sempat baca, aku pun ada tapi dalam exam, part yang aku tak baca tu lah yang masuk. Kira macam lucky lah dia tu. Lepastu bila tengok result, orang lain smua tinggi-tinggi :(


Kadang-kadang aku selalu fikir, sebenarnya aku nih memang bodoh ke apa? Macam slow semacam je. Tapi waktu sekolah matrik dulu, result semua boleh tahan je. Okay tak bodoh kot. Okay, aku malang? Orang lain untung? Habestu kenapa aku tak untung-untung. Dah tiga sem dah :(


Sedih ah cemnih :(


Ini ujian aku. Orang yang tak diuji macam apa yang aku telah diuji, sila tadah tangan dan bersyukur. Kenapa Allah uji aku macamnih? Sebab Allah tahu aku mampu nak hadapi ujian nih. Mungkin kalau orang lain diuji cemnih, akan terjadinya kes bunuh diri terjun bangunan makan racun tikus semua. Alhamdulillah aku masih hidup dan masih ada iman dan masih islam Hehe. Mungkin jugak Allah nak bagitahu kat aku secara personally, walau banyak mana usaha aku pun tapi kalau tak mintak pada Dia, Dia boleh je simpan kejayaan tu dulu. Taknak bagi sekarang sebab tak cukup berusaha mintak pada Dia. Mungkin jugak sebab nervous exam lah, aku jadi makin rapat dengan Allah. Lebih kerap bukak tafsir :P Jadi Allah rindu dan Allah suka aku macamnih. In case aku dah dapat 4flat, aku akan lebih mudah lupa Dia dan makin jauh dan jauh dari Dia. Mungkin jugak sebab Allah nak latih aku jadi seorang yang penyabar supaya lebih kuat pada masa depan. Nanti bila dah jadi mommy pada Lily Siti Aisya boleh jadi mommy yang paling kuat tabah dan gagah (?)


Plus, Allah uji aku dengan cara nih, tapi Allah permudahkan aku dalam banyak hal lain dan Allah murahkan rezeki dan kurniakan nikmat buat aku dalam perkara-perka yang berbeza. Macammmmmm aku ada keluarga yang besar dan bahagia, mak abah tak bergaduh dan masih bersama, aku seorang yang boros tapi terasa macam purse tak pernah kempis, aku takde masalah kesihatan yang serious, aku boleh makan semua jenis makanan dan tiada pantang (?) hati aku lembut (?), aku ada lilo yang gemuk dan garang dan boleh jaga diri sendiri (?)


Okay ada banyak benda lain yang boleh disyukurkan :') Allah tak kejam okay.




Dear Allah, sometimes its hard for me to understand what you really what to happen. BUT I TRUST YOU, I know you'll give me what's best.




Tenang tenang tenang dan terus senyum positive dengan Allah. Doakan untuk 7 paperssssss yang mendatang :)

3 comments:

Anisah Sani said...

thank u dekk, baca entry ko ni buat aku tersedar skejap dengan banyak perkara. :')

takpe, jangan terlalu pandang rendah kebolehan diri. kn kena jadi role model utk Lily Siti Aisya. *kemain nama naaa* usaha lagi insyaAllah boleh. ok lah tu pointer flat je dari pointer menurun stiap sem kan lagi sedih n mnyucuk-nyucuk :'(

ada org Allah bg kejayaan tapi tak pernah rasa puas dan cukup.
ada org Allah tahan kjayaan supaya dia lagi usaha kuat.
ada org Allah tak bg hidayah lgsung smpai takde rasa nk berubah pun.
kira kita ni okay la jugak ada kesedaran. alhamdulillah.

anyway, all the best utk 7 lagi papers. aku doakan semua kawan2 aku boleh jawab exam dgn tenang n cmerlang. aminn. u are all always in my prays. <3

Diana Aurora said...

:) *taktau nak cakap ape* senyum tu sedekah . :)

shalina bt abdul manap said...

Allah bersama sangkaan hambanya~~