Saturday, December 3, 2011

Mati


Assalamualaikum.

Lepas dengar berita kematian tiga hari bertutut-turut yang melibatkan orang muda, umur range awal 20an dan semuanya student, hati jadi tak keruan. Otak berfikir dengan ligat. Banyak persoalan timbul. Dan inilah punca banyak kerja aku terbengkalai, hilang fokus daripada fokus asal. Tapi takpe, ini boleh dikira salah satu muhasabah, bukan!?

Bila difikir-fikir semula, umur kita bukan semakin bertambah tapi hakikatnya semakin berkurang. Sehari berlalu pergi, sehari kita mendekati mati. Sebulan berlalu pergi, sebulan kita mendekati mati. Setahun berlalu pergi, setahun kita mendekati mati. Semakin bertambah umur, semakin kita dekat dengan kematian. Macamtulah hipotesis yang boleh dibuat. Kalau hakikat ini yang kita sedar, setiap kali hari lahir kita menjelma, kita takkan sambut dengan senyuman dan hilai tawa. Takkan ada perkataan 'jom celebrate' lagi melainkan kita menyambutnya dengan sentiasa bermuhasabah. Umur yang berbaki ini aku nak perbaiki amalan solat sunat, amalan mathurat, amalam qiamulaill amalan bla bla bla. Kannnnn?

Aku sedar aku banyak gila dosa! Kadang-kadang aku rasa stress dengan diri sendiri, aku melakukan dosa yang aku tahu ianya adalah dosa. Bukankah ini lebih keji daripada orang yang melakukan dosa tapi dia tak tahu itu adalah dosa? Aku nasihatkan orang jgn buat macamnih jgn buat macamtu, tapi aku sendiri jugak yang buat macamnih dan macamtu. Ak berazam nak tinggalkan dosa tu, tapi seminggu, sebulan dan setahun lepastu aku masih melakukan dosa yang sama malah, aku menambah dosa yang lain pulak. Tak cukup dengan tu, aku menyalahkan org tu dan org nih yang menjadi punca aku tak bole nak tinggalkan dosa tu. Loser kan aku?

Kalau aku terus fikir gunung-gunung dosa yang aku dah buat tu, mesti aku boleh jadi gila. Seorang sahabat berpesan, kalau kita rasa Allah tak mampu nak mengampunkan dosa kita yang menggunung tu, perbanyakkanlah beristighfar sebab sedikit sebanyak kita seolah-olah mengecil2kan kuasa Allah yang Maha Berkuasa! Jangan lupa Allah Maha Pengampun. Jangan lupa Allah Maha Pengasih. Jangan lupa Allah Maha Penyayang. Dengan itu, mungkin kita akan kembali tenang dan berfikiran rasional. Kalau kita masih bernafas pada detik ini, itu juga tanda-tanda yang Allah sangat mengasihi kita. Allah memberi peluang dan masa untuk kita bertaubat, untuk kita kembali ke jalan Dia. Takde lain yang lebih menyayangi kita melainkan pencipta kita sendiri :)

Aku ada terbaca blog-blog, timeline di twitter dan home di fb yang meluahkan kesedihan mereka apabila ada orang yang terdekat dengan mereka pulang ke rahmatullah. Hati tersentuh sangat. Aku selalu fikir, kalau selepas aku mati, apa yang akan kawan-kawan aku tulis pasal aku? Ada tak yang sedih bila aku dah takde? Ada tak yang terasa kehilangan bila aku kembali pulang ke hadrat Illahi? Ahh, tak kesahlah sangat pasal tuu semua. Aku sedikit kisah kalau ada yang ungkit salah silap khilaf yang aku buat semasa hayat aku masih ada. Maafkan aku, sahabat :'( *big hugs*

Engat pada kematian adalah satu motivasi yang sangat memotivasikan. Kita takkan kisah siapa yang bakal menang dalam AJL 2011, kita takkan sebuk memikirkan perihal makwe pakwe kita dan kita takkan bernafsu nak pegi wayang tengok movie ombak rindu dalam keadaan kita sedang mengingati mati. Sebaliknya, kita akan lebih menghargai setiap detik yang berlalu, setiap perbuatan yang dilakukan dan setiap orang yang ada disekeliling kita. Persoalannya, mcamana nak sentiasa ingat mati? Adakah perlu hingga tahap aku tuliskan 'Arwah Nurul Zahidah' pada note kecil dan tampal pada softboard meja kat bilik, selitkan pada setiap buku dan letak dalam purse ntok sentiasa mengingatkan diri sndiri pasal mati? :(

Aku harap aku mati dalam keadaan ada iman, masih berpegang teguh Allah itu tuhan yang satu. Aku harap aku mati selepas satu jangka masa aku menahan kesakitan sebab ustaz cakap sakit tu menghapus dosa. Aku harap aku mati bukan dalam keadaan mengaibkan dan bukan dalam keadaan sedang membuat maksiat. Aku harap aku mati di sisi orang-orang yang aku sayang, buat kali terakhir. Aku harap aku mati dahulu sebelum mak dengan abah, mak abah masih ada anak-anak yang lain kalau aku dah takde sebaliknya aku takkan ada mak dan abah yang lain kalau mak abah dah takde.

Al fatihah buat ketiga-tiga insan yang baru-baru ini telah pulang ke rahmatullah Arwah Syareena, Arwah Zarith Nadira dan Arwah Ilham Ellani. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

” Pulanglah kepadanya dan khabarkan sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada Allah”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga seminit yang akan datang lebih baik daripada seminit yang berlalu. Mari perbaiki apa yang harus dibaiki. Mari mengumpul amal untuk dijadikan bekalan sepanjang perjalanan di akhirat kelak, iAllah sama-sama doa neh! :)

#Note for myself

1 comment:

shazwansuhiman said...

terima kaseh kerana mengingatkn !