Friday, August 19, 2011

#Ramadhan wishlist 2


Assalamualaikum :)

Hari ini ramadhan ke 20. Bacaan aku baru sampai juzuk 17. Ini bermakna aku ada lagi 10 hari berbaki untuk menghabeskan 13 juzuk untuk mencapai target mengkhatamkan Al-Quran dari kulit hadapan ke kulit belakang. Sempat keee T.T

Ini ramadhan pertama yang aku target nak khatamkan quran hasil pengaruh daripada novel Contengan Jalanan by Hlovate ;D Aku harap tercapai lah memandangkan aku bukannya ada kerja lain sangat nak buat punn selain daripada window shopping secara online (habit baru. moga tak berpanjangan) dan ulang alik ke bank untuk proses transaksi wang kerana tak sengaja ter-order barangan juga secara online -.-

By the way, aku nak kongsikan satu ilmu. Aku tertarik dengan satu statement Wardina Safiyyah kat page facebook dia beberapa minggu yang lepass. Aku tak reti nak susun ayat mcam dia (ayat psychologist) tapi aku buat kesimpulan akhir ajelah guna ayat aku (ayat biochemist :P) ehh!

Selalu orang cakap kalau nak buat baik tak boleh tunjuk kat orang sebab nanti keikhlasan tu akan dipersoalkan dan akan meragukan. Tapi satu perkara yang kita kena fikir, kalau benda buruk je yang ditunjukkan dan ditonjolkan melebih2, no wonder lahh pengaruh benda buruk tu lebih menjadi ikutan daripada benda baik. Pokok pangkalnya niat buat benda baik tuuh jangan sampai tersasar daripada landasan untuk mendapat keredhaan Allah dan tak salah kita nak tunjukkan benda baik pada orang. Mudah2an sedikit sebanyak menggerakkan dan melembutkan hati orang lain untuk turut sama membuat benda baik, ye dak?! Ada lah jugak sdikit sbnyak saham pahala yang diperoleh ;)

Salam Sepuluh Ramadhan Terakhir, Mari Pulunnn! :)

2 comments:

aYa said...

guna je online banking..x yah gi bank..

mari pulun sama2..!

OREOO said...

Tak reti. Gano tuhh :O