Saturday, August 6, 2011

#Ramadhan wishlist 1


Assalamualaikum :)

Kat malaysia nih merata2 ada masjid dan surau. Kita tak pernah nak hadapi situasi dilema mencari lokasi untuk solat. Sebabtu kalau orang malaysia sendiri yang tak solat, rasa macam nak dushh jee kann. Dan zaman sekarang kita nampak ramai berlumba2 nak bina masjid. Mari mengucapkan alhamdulillah beramai2 di atas usaha murni ini. Namun, perlu diingatkan, masjid tanpa diimarahkan tak guna jugak, ibarat sebuk nak buat rumah cantik2 macam istana, bilek sorang satu, perabot mewah tapi tak berpenghuni. Kan membazir namanya. Ini baru cakap dalam konteks rumah manusia, mcamana pulak dengan konteks rumah Allah kan? Come on guys, kamu semualah harapan agama untuk ini. Letakkan solat berjemaah di masjid sebagai salah satu cabang tanggungjawab dalam diri masing2. Perempuan lain cerita la kan hehe.

Eh, bukannya isu masjid yang nak diketengahkan nih. Tapi isu lain. Oke, bila selalu sangat solat di tempat yang selesa dan tak pernah nak rasa sedikit kesusahan tu, jadi manisnya solat itu agak kurang jika nak dibandingkan dengan solat selepas menghadapi sedikit onak dan ranjau, betul tak? :P

Aku ada baca buku pasal kesukaran seorang pengembara kat luar negara yang nak cari masjid untuk solat. Jadi, dia solat kat satu kawasan taman, semua orang yang lalu lalang memandang pelik. Dia kata pengalaman itu sangat manis. Perasaan solat di kawasan yang tak common, lebih nikmat. Bergerak ke luar zon selesa sebenarnya sangat baik untuk diri dan jiwa.

Untuk bulan ramadhan yang masih berbaki, salah satu yang aku impikan adalah solat di tepi pantai memandangkan kawasan rumah aku yang terletak di kawasan tepi laut. Solat dhuha je pun takpela. Solat sambil angin bertiup sepoi2 bahasa dan diiringi dengan bunyi ombakk. Satu situasi indah dan berbeza daripada lazimnya untuk berkomunikasi dengan tuhan kita semua, Allah! :)

Tapi banyak aspek perlu dititikberatkan sebelum tuh memandangkan aku nih perempuannn. Kena pilih hari berkeja, waktu office hour, cari teman dan lain2 lagik T.T

Aku harap Syakirah, sahabat rapat sejak skolah ada di sisi. Aku rasa kekok nak buat benda2 yang sweet dengan orang lain, tapi tidak dengan dia. Kami pernah sama2 baca al mathurat tepi sungai dan solat hajat berjemaah untuk kemenangan imam muda hassan Hehehe. Rindu! ♥ :)

Selamat sahur!

No comments: