Wednesday, August 17, 2011

#Game 1 ( Aku dan Makanan)

Mengidam untuk ini buat masa ini!

Assalamualaikum.

Takziah buat kakak tersayang dan abang ezuan khusunya di atas ujian yang menimpa hari ini. Hakikatnya, seluruh ahli keluarga juga merasai kesedihan dan simpati dengan apa yang terjadi. Kakak mengalami keguguran kali kedua awal subuh tadi. Mungkin kerana letih bekerja dan kurang rehat lebih2 lagi sebagai seorang houseman kannn. Baru berangan2 nak tambah lagi seorang anak buah. Takpela, redha dengan kehendak dan perancangan Dia, bukankah rancangan Allah itu tak pernah terjadi dengan sia-sia? Wamakaru wamakarallah, Wallahukhairul maakirinn, kan kan! :)

Aku sedang bosan dan aku sedang berfikir2 nak buat game untuk diri sendiri. Game ini akan berlarutan selagi nyawa dikandung badan dan selagi bosan dikandung masa. Aku akan mengeluarkan seberapa banyak fakta tentang diri sendiri mengikut topik yang aku usulkan dalam masa 30minit. Kekeke.

Ini eksperimen pertama dan fakta yang akan aku keluarkan pada kali ini adalah mengenai Aku dan Makanan. Mari mulakan. Tettt~ :D


1. Aku takde allergic kepada sebarang makanan tapi aku berpantang kepada makanan masam pedas dan kekacang atas nasihat doktor.

2. Aku makan telur masin tapi aku tak makan ikan masin.

3. Zaman matrik, aku tak suka makan di cafe, aku akan tapau makanan bawak balik bilek kerana aku tak suka makan dalam keadaan aku bertudung dan ia berlarutan sehingga aku di ukm -.-

4. Aku suka tambah kicap semasa makan nasik

5. Aku prefer makan menggunakan tangan walaupun nak makan mee dan bihun. Aku juga prefer menggunakan tangan walaupun aku makan di restoran2 yang konon2nya mahal dan mewah. Aku sangat tidak menyukai kepada perkataan protokol! (Mesti org malu nak bwak ak pegi hotel) -.-

6. Makanan berkuah kegemaran adalah asam pedas, tempoyak dan tomyam dan selalunya aku akan menghirup kuah dengan menonggeng2kan mangkuk tersbut. Hahaha. (Tetiba meleleh air liur pulak la kann) :D

7. Prefer Marrybrown berbanding KFC dan McD.

8. Prefer roti berbanding biskut dan kek.

9. Mak abah, adek bradek dan kawan2 selalu cakap aku tak pandai makan ikan sebab isi2 ikan selalu dibiarkan tidak habes.

10. Aku berpendapat orang yang tak makan sambal tempoyak adalah orang yang mensiak2n salah satu nikmat dunia!

11. Makanan yang lazim aku pesan semasa makan di luar adalah nasik goreng biasa dengan telur mata dan mak selalu buat muka bila aku memesan makanan ini kerana mungkin dia berpendapat aku takde taste. Hahaha.

12. Aku akan cuba sedaya upaya memastikan kuku sentiasa pendek sebelum makan menggunakan tangan. Yess, kuku aku iAllah boleh kata sentiasa dlm keadaan pendek dan rapi :P

13. Prefer chocolate pahit berbanding chocolate manis dan berlemak.

14. Aku makan apa jua jenis flavour tapi paling boleh nak elak adalah flavour vanilla dan strawberry.

15. Yang menyebabkan aku suka dan cinta nasi ayam adalah setelah menikmati kesedapan nasi ayam Cafe B abang, Kolej Matrikulasi Perak tahun 2009/2010 :P (Sebelum dan selepas tu, aku dah tak pernah mengidam nasi ayam dah)

16. Makanan yang paling romantis adalah Bubur ayam marrybrown dan kuih raya cornflakes madu. Hehehe. (Tinggal kenangan, terima kaseh awok :D)

17. Makanan dewan makan zaman sekolah kegemaran adalah menu rendang daging, sayur kangkung dengan sambal belacann.

18. Aku makan nenas secara mentah dan aku tak makan nenas apabila nenas itu dimasak dan dijadikan lauk.

19. Aku paling suka share makanan dengan mak sebab mak akan makan sedikit dan bagi aku banyakk. Biasalah, mak kan akan sentiasa lebihkan anak daripada diri sndiri :') Dan aku paling tak suka share makanan dengan abang aku, Naim sebab dia akan makan dengan kadar melampau tak engat aku -.-

20. Pun begitu, abang akan sentiasa tinggalkan sedikit APA2 yang dimakannya atau yang diminumnya untuk adik tunggalnya ini walaupun sedikit :')


Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat makan dan minum yang sedap, lazat dan berkhasiat yang tak pernah putus2 sejak aku dilahirkan sehingga sekarang :)


Bulan puasa, semangatt je ckp pasal makanan kannnnn -.-

11 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Moon said...

ak sokong no 10! hahaha...
no 14, vanilla dgn stroberi xsedap...coklat je kena dgn tekak ak...

puteri said...

fuhh!! no 17 tu..mmg buat sy tringt smbl blacan kt DM.

OREOO said...

Moon, Same laa. kita budak2 lahir bulan may memang banyak persamaan kot. Hahah.

Mira, yessss. Rindu makanan DM.

shazwansuhiman said...

ak x penah tau pon ad sambal tempoyak =P

OREOO said...

Budak duduk bandar haruslah tak tahuu.
Yang tahu ciken cop, spageti bagai je kan =D

dewdrop said...

coklat pahit.nice :)

Anisah Sani said...

zaidek, NASI AYAM KAFE B PLG MANTOPPPP! sedappppppp. rinduuu. :'(

ingatkan aku sorang je yg tgila-gilakan nasi ayam situuu.

Anisah Sani said...

tsentap seketika ketika baca reply komen kpd saudara shazwan.

to zaidek, hello, i budak bandar pun i mkn sambal tempoyakk okay! :D

OREOO said...

Nisahhh, jom pegi kmpk, makan nasik ayam je lepastu balek! Haha

shazwansuhiman said...

sambal tempoyak? sbb ak x mkn kot.yg warna kuning tu ea? sdp ke?

gulai tempoyak ak suke =)