Monday, April 4, 2011

Satu Kek Satu Biokimia


Terima kasih semua. Terima kaseh atas komitmen yang diberikan, masa yang dikorbankan, tenaga yang dikerahkan, perasaan yang dikongsikan, nasihat galakan motivasi yang diucapkan, idea brilliant yang disumbangkan dan kesudian menghulurkan tangan bagi menjalin persahabatan dan ukhuwwah sesama course ♥

Inilah satu-satu nya program buat masa nih yang aku tak rasa rugi dan menyesal korbankan masa study dan bersuka riang ria raya baik sebelum program mahupun semasa dan selepas program. Walaupun mula-mula hati rasa mcm bengkak siket sebab first year yang kena kelolakan. Sudahlah last minute kan. Pengalaman meng-organize-kan program pun masih tak banyak dan bertatih lagi! Rupa-rupanya ini semua surprise dari Allah. Allah tahu kemampuan kita bgaimana dan oleh sebab itulah kita yang Allah pileh ntok tidak mengecewakan Dr hasidah dan kakak abang third year biochem. Oh, bukan itu sahaja, malah semua course under Pusat biosains biotech! Woah, tak sangka pulak!

Okay, lamaa aku termenung. Buang masa je kan? Lepas program nih, baru aku rasa macam banyak kawan kat ukm nih! Heheh. Sebelum tuh, aku tak banyak kawan sgt la kat ukm. Kawan mcamtu2 je ramai lah. Kalau keluar jalan2 KL, roger kawan2 sekolah dari U lain. Mintak temankan nak keluar. Kesian diorang kan. Sekarang baru ada keluar dgn kwn se-ukm . Dah reti siket nak bersosial. Dah reti nak buat senyuman ikhlas. Dah reti siket kawal prasaan gemuruh nak berkomunikasi dgn coursemate lelaki. Amir Ashraf Aliff Afiq Abong dan Awan Hahah. Nasib baik budak laki biochem smua baik2 :D Mintak maaf lah kadang2 terover dgn korang! Aku rasa mcm korang prempuan je sbb smua gedik2 dan mengada-ngada :P Coursemate prempuan pun baik2. Sangat berkomitmen dan sangat helpful. dan. Sangat lemah lembut ! jealous! Adda Aina Sabreena Asma Ally Dayah Eima Teha Wanie semuanya lah! Hee. Yang buat gusi aku tak pernah kering pun ada. Wahi anak ayah fatin dan cahaya bulan DAN JANNAH KHALID PELAKON TERSOHOR. Buat aku terguling-guling atas katil menahan ketawa. Habes ilmu semua kuluar dah tau! :B Yang terakhir skali nak mention nama tiga gadis over yang sejiwa dengan aku. Rotu Anisah Diana! Terima kaseh krana sudik berkepit dan berdamping dgnku Terima kasih semua. ♥

Jatuh cinta lah dengan semua budak biochem. Noktah!

Siapa suruh baik sangat. Aku kalau dah sayang, sayang gila. Haaaa rasakan!

So sweeeeeeeeeet ♥


Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu


Okay, dah luahkan. Baru boleh bukak buku!

2 comments:

Anonymous said...

like 10000000000x

Anisah Sani said...

so sweeet! terharu sgt.. :)