Friday, March 4, 2011

kahwen muda :D


Assalamualaikum ;)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
kita mulakan entry ini dengan nama Allah sebab tajuk entry sahaja sudah killer,risau tershashul sana sini :P

malam tadi aku dapat message seorang junior masa zaman sekolah menengah aku dulu-dulu. suspen je message dia sebab intro msg dia kata nak tanya satu soalan tapi nak tunggu aku balek dari forum yang aku hadiri masa tuu.bila aku dah naik bas nak balek kolej,aku pun reply message dia kata aku dah bersedia nak dengar soalan yang dia nak kemukakan tuu.nervous jugak la kan.rupa2nya dia nak tanya pendapat aku pasal kahwin muda dan alasan mreka nak kawen muda adalah untuk mengelakkan zina,betul kee?aku tarik nafasss panjanggg sebab lega.engatkan nak ungkit kisah zmn skola aku ada hutang tak bayar ke apa ke!

berbalik kepada soalan yang diajukan.aku bukanlah seorang yang berpengalaman untuk memberi nasihat dan tipsss berguna dalam hal nih cuma aku hanya boleh berkongsi pendapat berdasarkan apa yang pernah aku baca dan apa yang pernah aku dengar.betul lah kata-kata 'mistake is the best experience and experience is the best teacher!'.jadi,pendapat aku adalah pendapat daripada seorang wanita bujang yang hanya berpengalaman dalam kes cinta monyet sahaja dan tidak sehebat pendapat daripada insan yang sudah punya pengalaman bernikah pastinya :PP sebarang kelemahan harap dimaafkan dan dibetulkan.kita kongsi ilmu sama-sama,oke junior? :)

bila cakap pasal kawen,siapa je yang tanak kawen?cer bagitahu aku!sebab kita smua sedia maklum,itulah satu-satunya cara dan jalan yang halal bagi mengikat dan menghubungkan ikatan kasih sayang antara dua insan berlainan jantina.kita pun tahu,'couple' yang rata2 remaja sekarang turut terlibat tu pun bukannya jalan yang sah dan langsung tidak menjamin apa-apa yang berkekalan antara kita dengan si dia.kesedaran nihh sebenarnya boleh kata satu perkembangan yang baik cuma untuk membina masjid,ia memerlukan tapak yang kukuh dan asas binaan yang kuat!perkahwinan bukan perkara main-main.hari nih suka,menangis2 nak kawen.besok tiba2 ada masalah sejemput,membentak2 nak cerai pulak.

Cerai adalah perkara halal yang paling tidak disukai oleh Allah!moga dijauhkan :B

bagi aku,perkahwinan adalah masa untuk mempraktikkan segala teori dan ilmu yang telah dipelajari.kalau sebelum nih kita dengar ustaz ustazah pesan,syurga itu di bawah tapak kaki suami.oleh itu,patuh dan taatlah segala arahan suamimu selagi ia tidak berlanggar dan bercanggah dengan apa yang telah Allah syariatkan.menuntut ilmu tidak sesukar mengamalkannya.mari kita lihat,berapa ramai yang tahu tentang si isteri wajib patuh kepada suaminya dan berapa ramai dalam kalangan mereka sendiri yang ingkar tentang hakikat ini?bila pasangan muda berkahwin,ia menjadi lebih sukar sebab masing2 kalau terlalu ikutkan darah muda mereka yang tak tentu hala dan kurang stabil tu,habesla habeslaaa habeslaaaa.bersedialah untuk melihat perang dunia keempat yang bakal meletus!

cakap2 memang mudah!amal2 memang susah!

untuk membina keluarga yang Allah redha pokok pangkalnya adalah ibu bapanya sendiri.bagaimana nak memastikan pokok yang kita mahu tanam tu hidup subur berbuah lebat kalau benih yang kita guna tu pun bukan benih yang baik?jadi,bagi pasangan2 muda yang berniat untuk bernikah,perbaiki diri dahulu.tuntutlah ilmu secukupnya bagi bakal suami kerana amanah dan tanggungjawab yang berat bakal dipikul setelah bekeluarga!sibuk nak kawen,tapi bila suruh mengucap dua kalimah syahadah pun masih ragu2 dan keliru,mcamana tuu?apa jaminan anda untuk dapat mendidik dan membimbing keluarga anda ke jalan yang benar kalau diri sendiri pun jalannya masih terhuyung-hayang bengkang-bengkok!mcamana mahu meyakinkan bapa si perempuan untuk mengambil alih tugasnya kelak?

ilmu itu penunjuk arah kemana jalan hidup kamu!

macam yang aku pernah baca,kalau setakat nak kahwin sebab tak mampu nak tahan nafsu,fikirlah beribu kali semula akan hasratmu ituu.kalau dugaan yang sekecil itu pun kamu tak mampu nak tahan diri kamu,apatah lagi dugaan yang berjuta kali lebih besar menanti selepas berkahwin!perkahwinan bukanlah satu benda mengenai hubungan seks semata-mata.Ia berkait rapat dengan amanah dan tangungjawab yang tiada akhirnya.kamu bersedia nak kahwin,kamu kena juga bersedia dengan 1001 tugas baru yang lebih besar dan berat!berpuasalah banyak2,ye!

tugas sebagai student (study+assignment+exam) pun dah banyak mengeluh.mcamana lah kalau nak tambah tugas baru pulak,kan!

bercakap pasal duit pulak.bagi aku,bagi pasangan yang muda2 nak kahwin tuu,inilah salah satu masalah terbesar yang bakal ditempuhi!si lelaki nak explain mcamana nak cari duit sara anak orang kat mak bapak dia satu hal,nak siapkan duit dan kos untuk kenduri kendara lagi satu hal!lagi-lagi zaman skarang nih ada lagi ke yang nak buat majlis ringkas2 dan low profile je kan kan kan!kalau waktu kita single2 nih kita pergi cari kerja nak cari duit untuk beli handphone idaman blackberry blueberry strawberry segala bagai,lepas kahwin nanti jangan harap la nak beli semua tuu.duit gaji kamu akan dibahagi-bahagi kepada banyak bahagian!kamu tak bole mengeluh sebab kamu sendiri yang memilih untuk jalan ituu :P

Cinta dan pengorbanan adalah dua benda yang tak bole dipisahkan :)

banyak benda nak cakap tapi rasa macam take time gila.macamana dengan homework dan assignment aku yang bertimbun tuu?hahah.

okay,apa yang aku cakap nih mungkin kena dan padan bagi sesetengah keadaan dan bagi sesetengah keadaan yang lain mungkin tidak.mungkin bagi pasangan muda yang berada jauh dari keluarga,belajar di luar negara,lain pulaak benda yang harus dititkberatkan.mungkin bagi pasangan yang perempuannya masih belajar dan lelakinya sudah bekerja dan stabil pendapatannya,lain pula yang harus difikirkan.

aku jugak tak cakap dan tak bermaksud nak terus memberi kesimpulan bahawa kahwen di usia muda itu totally mendatangkan masalah.pernikahan itu satu benda yang halal.satu benda yang terang-terangan ada diselitkan dalam Al-Quran.cuma apa yang kita takutkan selepas perkara halal itu selesai,banyak perkara haram dan yang tidak sepatutnya akan berlaku dan timbul.maksudnya di sini,fasa selepas perkahwinan itu sendiri.takut-takut kerana terlalu terburu-buru mahu bernikah dan kurangnya persediaan akan mendatang lebih banyak dosa daripada pahala.

kamu hebat jika kamu sanggup mengambil risiko dan buktikan bahawa kamu dan pasangan kamu akan bahagia sampai syurga walaupun bernikah di usia yang muda! :D

semoga ada manfaatnya dan seribu keampunan dipohon jika ada terlanjur kata! :P

4 comments:

khairul farhan said...

Percayalah, kahwin usia muda memang nampak sukar di mata tapi faedah masa depan menggunung tingginya.

~kueh~ said...

zahidae~~~
kawen jgn lupe jmpot...:)
hehehe.

-kahwin itu sunnah-

stekol said...

huhuhu...
menarik...
k...kita hot kn lagi isu ini...
penah denga sorag ustaz dera suami...
2 taraf ustaz...
yag kita nie apa pun xde...
ilmu cetek je...
nuk kawen awl???
boleh je...

jadi jawapn nye...
minta pendpt parents...
ibu bapa lagi phm...

Diana Aurora said...

oreoo rajin taip panjang2.. hik2.. ok. nice entry ! :)