Tuesday, March 22, 2011

countdown

jadual countdown nak exam sekaligus jdual exam.
kuning menunjukkan hari yg tggal dlm bulan mac.
hijau menunjukkan hari yg tggal dlam bulan april.
merah menunjukkan hari-hari di mana tenaga akan dikerahkan dan darah menjadi murah.

abaikan quality gambar yg sangat rendah.

nak exam tapi masih ada komitmen lain yang masih diuruskan T.T oke tak baik mengeluh. mari berubah dari zon selesa kepada zon mencabar! B)


"Anak-anakku, ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu, supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua."


"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik! Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertawakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNya, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini. Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan bertawakal. Ma'annajah. Good luck!"-Kiai Rais, Pondok Madani, Negeri 5 Menara.


"Mujahadah atau jalan menuju Allah itu berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh gigih. Di jalan ini, hanya yang inginkan kejayaan dan keredhaan Allah terpaksa berperang dengan musuh yang ada dalam diri sendiri - Syaitan dan Hawa Nafsu. dan perang dalam diri inilah yang paling hebat." -

"Lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan singkat. Tidak da keajaiban melainkan perlu menempuh jalan susah. Lawan nafsu dan bingkas bangun. Ingat selalu, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti melakukan perkaran yang kita perlu buat walaupun kita tidak suka. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya. Lawan godaan dan ransangan yang menggamit hati untuk melakukakn perkara yang suka dilakukakn tetapi akan membawa kepada kegagalan."-Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Bittaufiq wannajah, zahidah! ^^

Nafsu, awak hamba iman saya sekarang!


Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan :)

No comments: