Monday, October 11, 2010

benci


lagi 14hari nak exam.tapi aku tetap dengan habit yang sama.ke kelas tidur.balek kelas online then bila dah nak maghrib baru perasan,aikk aku tak study apa2 pun.menyesalnya.lepastuh bertekad,okay,esok mesti lebih baik dari hari nih.nak study sungguh2.apa yang berlaku pada esoknya adalah benda yang sama malah lebih teruk dari semalamnya.

aaaa.kecewa dengan diri sendiri...

dari hari tuh tak habes2 target nak habeskan topik ini pada hari ini,nak habeskan topi itu pada hari itu.then kalau ada tak faham,boleh tanya pada lecturer.takpun pada senior.senior bla bla amik course chemistry.waah,mesti hebat chemist.nak pegi bilek dia lah,nak tanya topik yang tak faham nih.lepastu,sampai sekarang tak pernah nak jejakkan kaki sampai ke bilek senior tuh.

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

tanak sentuh handset dah.nak save kredit.ringan siket beban abah.lagipun,aku mana ada pakwe nak selalu msg2 nih kan.kalau call mak pun,miscall je then mak akan call balek.nak contact dengan kawan2 pun kat facebook aje pun boleh.tengok2,baru topup 10rm,dah habes dalam masa singkat je then call abah mintak belas abah suruh topupkan..

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

update status kat facebook,nak out selamanya.bye,nak study.siapa yg ada masalah atau apa2 hal,sila contact di nombor aku.facebook nih dah jarang bukak sempena musim exam nih.kawan2 pun comment,bai zahidah.gudlak.kami sntiasa support kamu.esok2nya,muka zahidah oreoo nih jugak lah yang appear online.bukan setakat esoknye saje malah esoknya lagi lagi lagi lagi dan lagi masih muka zahidah oreoo yang online.bila kawan tanya,alasan yg konkrit yg termampu nak bagi ialah,online sebab nak tanya soalan bla bla kat kawan yang tengah online nih.padahal 0.5% je soalan yang ditanya.selebihnya main2 comment dekat status orang,tgk2 gambar maher zain,kacau daun makwe pakwe punye wall post.

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

dalam tutorial,em,aku tak faham lah yang ini.eh,yang itu pun aku tak faham lah.banyaknya tak faham.tak suka berada dalam keadaan jahil.nih balek nanti kene study nih.balek2 aje,bukak laptop,baca blog org,bukak facebook,tgk video kat facebook.hari2 buat bnda sama.lepastu,ehh tak sangka,aku dah masuk kelas tutorial minggu depannya.aik,tak sangka lah.cepatnya masa berjalan.soalan minggu lepas pun tak sempat nak studey balek.minggu nih punya soalan pun tak faham.banyaknya nak kena study balek..iskk

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

hari nih nak habeskan satu topik.semangat bukak buku.buku baru lah katakan.cantek lagi kulit depan takde pun yang keronyok2.dari sehelai ke sehelai ak teliti satu per satu.tipu tipu tipu.tak sampai sehelai baca pun,aku dah tidur.tidur pulak bukan main lama.konon letih sangat tak tidur malam sebab sibuk ulangkaji.tipu tipuuuuuu..

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

esok nak bangun qiyamulaill lah.okay,jadi malam nih nak tidur awal.online sekejap je.masa tgh online,tiba2 seorang insan nih tegur kat chatbox.sembang bukan main rancak padahal hari2 bertegur sapa kat chatbox tuh.entah apa2 tah topik yang disembangkan.tgk jam,eh tak percayalah,dah pukul 3 pagi.masa yang sepatutnya aku bangun untuk qiyamullail.lepastuh terkocoh2 nak tidur.berharap boleh bangun pukul lima pun jadilah.tengok2,solat subuh pun kat sempadan masa nak habes waktu.sipi2 aje.qiyamullail nya lagi lah entah ke mana.

aaa.kecewa dengan diri sendiri...

tolonglah.tolonglah.tolonglah.

zahidah,bangun la cepat.dah tak larat dah nak layan kamu bila nangis sebab keputusan exam teruk.kesian nya lah kat mak abah,doa siang malam,siap buat solat hajat dan bacaan yassin ntok anak2 dia setiap kali nak exam.matlamat hidup kamu bukan main.nak jadi itulah,inilah.tapi,usaha kamu tidak setanding matlamat tinggi kamu tuh.kamu jealous dengan kejayaan dia.tapi kamu tak jadikan jealous kamu tuh sebagai aset ntok kamu berusaha lebih,sama2 boleh berjaya macam dia.kamu pandai menyesal,kamu sedar diri kamu banyak buat silap.tapi kamu tak pernah nak baiki diri jadi lebih baik daripada diri kamu sebelumnya.kamu baru ambil course biokimia.orang lain punya course lagi dahsat lagi maut,medic la dentist la actuary la law la engine la.kamu dengan course kamu yang tak popular langsung dengan susahnya dan sukarnya course tuh pun tak boleh nak handle,tak boleh nak bawak.apa cerita?

semua sebab link kamu dengan allah dah makin merosot.ada quran,tak selalu baca.ada telekung,jarang buat solat sunat.ada mathurat,sekali sekala baru sentuh.ada masa,tak selalu nak buat puasa sunat.aku benci tatkala tahap iman aku berada di aras paling bawah.lagi bawah dari dasar lautan kat lautan hindi sana.macam orang tak sedar diri.macam orang yang bajet akan hidup selamanya.bencilah!

kawan2,sila bantu aku ke jalan yang benar,ke jalan yang betul dan ke jalan yang diredhaiNYA.aku punya banyak kelemahan.minta maaf dipinta.tegur aku di mana silapku.detik iman ku berada di aras paling bawah itu,aku tahu,nafsu dan syaitan bekerjasama mahu menjatuhkan ku.ini semua kerja mereka!wek. *hoh*

sudah.aku taknak tengok muka facebook lagi.selamat tinggal dunia maya.kalau nampak aku online,jampi2 siket padaku supaya aku sedar diri aku nak exam!


nota kecil:dah tampar diri sendiri 10kali sebelum menulis entry ini.alhamdulillah.

3 comments:

Sarah Syazwani said...

PErgh. Sama ngan ak bai. Tambah lagi time tu kat rumah. Memang asyk ckp 'mahu esok lebih baik dari semalam!!!' alih2 gitu jugak. Sudahnya, dengan tekad, balik je UIA, tinggalkan bilik, tinggalkan segala macam, buat muka tak malu, tidur bilik budak dean list 3-4 hari sampai habis exam. Memang macam Kem Skor Cemerlang gitu. Hik33. Takde hiburan, yang ada cuma buku2 yang berselerak, nota2 segala macam. Kalau tangan tu gatal2 nak online, baru taip email nak bukak FB dah kene marah dgn mereka2. Marah comel2 lah. Nak tido over sket, adela kene leter bla33. Nak bantah segan, mereka yang pandai pun tak mcm ak ni haaa. Haha. Tambah pulak budak ex-kisas, memang semangat gitu nak touch up amal2 ibadat, bila dy jugak buat yang sama.


Point ak kat sini, ak pun tak boleh tanpa ada teman. Kalau sorang2 memang lemah, ak akui. Tapi bila buat satu2 benda secara jemaah, memang kita akan rasa kuat, akan ada je org yang ingatkan.

Zahidah, gambare yo! Akira mitai.I'll always support u my dear friend!

zern said...

ko tau...aku pun kecewa gn diri sendiri...
test baru2 ni...sume aku dpt truk giler...
so skrg aku sgt2 btekad,x nk on9 slalu...
u know..maths is killing me...wagrhh sussah si0o0ot....uhuk3...

shalina bt abdul manap said...

bestnye post ni